Rafizi cuba bawa mulut...Dr Mahathir nafi belakang usaha guling PM
Rafizi oh Rafizi. PengarahStrategi PKR nampaknya sudah jadi macam sotong kangkung yang tidak ada idea nak pertahan langkah partinya main syok sendiri kosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang untuk bagi laluan kepada bos besar,Datuk seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Pandan ini bawa mulut konon Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini dibelakang usaha untuk gulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun razak.
Katanya atas sebab ini kedudukan Anwar sebagai ADUN Kajang akan dapat bantu pertahan Selangor dari ditawan oleh UMNO sekiranya Najib digulingkan.
Beliau dipetik sebagai berkata sebagai pakar strateji beliau tidak boleh menolak sebarang kemungkinan sebaik saja Najib digulingkan.
Bunyinya cukup desperado sekali Rafizi.Cuba fikir mana lojiknya isu yang cuba direka ini.
Apa reaksi Dr Mahathir Mohamad ?
Bekas Perdana Menteri itu yang diminta mengulasnya semasa interbiu dengan Radio24 petang Rabu menafikan dakwaan itu.
Beliau menggangap dakwan itu sebagai mainan pembangkang.
Katanya sejak dulu pembangkang tidak ada kerja lain kecuali untuk menjatuhkan kerajaan agar dia boleh ambilalih.
Dr Mahathir kata usaha untuk jatuhkan kerajaan wujud sejak zaman beliau Perdana Menteri lagi.
Katanya buatlah sebaik manapun pembangkang tidak akan berhenti usaha mereka jatuhkan kerajaan.
Untuk rekod sejak dulu memang sudah menjadi stail Dr Mahathir bercakap terbuka dan kadang-kadang kritikal terhadap kerajaan.
Ini semua termasuk ada blog pro kerajaan yang kritikal terhadap Perdana Menteri dijadikan modal Rafizi untuk sebar tomahannya.
Dr Mahathir kata adalah hal biasa dikritik dalam internet termasuk dari blog yang pro UMNO.
Katanya beliau sendiri ada blog kerana mahu menyampaikan pandangan mengenai isu semasa dalam negara.
Mengenai langkah Anwar nak bertanding di Kajang,Dr Mahathir menilainya tidak lebih dari usahanya untuk tawan Putrajaya dan jadi Perdana Menteri.
Ditanya sama ada tindakan Anwar itu dilihat sebagai seorang yang 'gila kuasa', Dr Mahathir berkata : "Memang Anwar dari dulu, saya tidak tahu gila kuasa atau tidak, tetapi beliau masuk Umno bukan kerana sayang kepada Umno kerana jika tak masuk Umno, tak boleh jadi perdana menteri.
"Kalau masuk PAS, (Anwar) tak mungkin jadi perdana menteri, sampai sekarang ini pun, dia masuk (Umno) ada alasan, yang ini pun (bertanding pada pilihan raya kecil) ada alasan untuk mencapai matlamatnya," katanya.
Ditanya sama ada hasrat Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu mempunyai kaitan dengan kes liwat beliau untuk memberi tekanan kepada kerajaan, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu sama ada ia mempunyai kaitan secara langsung atau tidak.
"Tetapi jika beliau menjadi perdana menteri, ia satu tahap ke arah itu, jadi perdana menteri, maka banyaklah benda beliau boleh buat untuk melindungi dirinya," katanya.
Mengulas sama ada Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu, Dr Mahathir berkata terpulang kepada BN untuk menentukannya kerana BN adalah parti campuran yang terdiri daripada pelbagai kaum.
"Jadi, terpulang kepada kebijaksanaan kepimpinan BN untuk menentukan siapa yang layak untuk bertanding di kawasan itu.
"Dan apabila keputusan dibuat, jangan ada bantahan lagi, cuma berpegang kepada semangat gabungan parti campuran, kita sokong sahaja," katanya.
Mengulas kriteria yang perlu rakyat tahu sebelum memilih anggota Dewan Undangan Negeri yang baharu, bekas perdana menteri itu berkata rakyat perlu mengambil kira dan menilai banyak perkara termasuk prestasi dan karektor seseorang itu serta sumbangannya kepada negara.
"Jika seseorang itu cuma berjuang untuk hanya nak jadi perdana menteri atau menteri besar, saya fikir kita tak harus perlu memilih orang itu tetapi (sepatutnya orang) yang berjuang untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.
Mengulas kenyataan Anwar semalam supaya BN tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu dengan alasan elak pembaziran, Dr Mahathir berkata : "Saya melihat jika boleh, (beliau mahu) Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) letak jawatan dan angkat dia sebagai perdana menteri, itulah yang terbaik bagi dia."
Terdahulu, ketika menjawab soalan dalam program itu berhubung perancangan Anwar yang dikatakan untuk menjadi menteri besar Selangor, beliau berkata Anwar memang mahu menjadi ketua kerajaan.
"Kalau tak boleh yang besar, yang kecil sikit pun bolehlah cuba, dengan harapan rakyat akan menghargai dan memberi kejayaan kepada cita-citanya untuk menjadi perdana menteri.
"Cita-cita yang terbesar bagi Anwar ialah menjadi perdana menteri. Soal apa jadi selepas jadi perdana menteri itu tak penting, jadi perdana menteri (dulu)," katanya.
source : agenda daily
No comments:
Post a Comment