TERKINI ! CALON BN LAWAN ANWAR DI PRK KAJANG DI KENAL PASTI
Apa nak jadi dengan politik negara kita ini? Ianya benar-benar mencabar intelektual rakyat Malaysia.
Adegan tarik tali dan sandiwara kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor sungguh memualkan. Harga undi dan kepercayaan warga Kajang terhadap wakil rakyat mereka dipandang tiada nilai dan seperti layak dibuang ke dalam sampah.
Lee Chin Cheh PKR, ADUN Kajang, tidak sakit atau nazak atau meninggal dunia atau disabitkan dengan kesalahan undang-undang. Malah, alasan Bendahari AMK itu ibarat menghina dan mengkhianati amanah seluruh warga Kajang yang terpedaya memilih wakil rakyat yang sebenarnya tidak mampu untuk berkhidmat untuk mereka.
"Keputusan saya untuk mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor."Apa jenis ahli politik PKR yang begitu senang memberi alasan yang tidak masuk akal dan memperbodoh-bodohkan intelektual warga Kajang?
Apa mereka ingat jawatan itu seperti tukar baju sesuka hati mereka?
Yang pelik ialah kenapa masih ada di antara rakyat yang masih menyokong pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang ini?
Tidak masuk akal apabila Anwar Ibrahim awal-awal lagi telah menafikan bakal menjadi Menteri Besar Selangor jika beliau 'menang'.
Keratan portal ini bakal berguna selepas PRK Kajang. Believe me! |
Dan Anwar Ibrahim bertanding hanya untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang? Itu sahaja?
Untuk memajukan perniagaan sate Kajang ke peringkat dunia?
Tidak masuk akal apabila Anwar Ibrahim downgrading merendahkan status beliau daripada Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada Ahli Dewan Undangan Negeri yang akan melapor diri kepada Menteri Besar Selangor?
Ketua dan calon Perdana Menteri pilihan Pakatan Pembangkang tetapi melapor diri kepada Menteri Besar? Seriously?
It doesn't make sense at all and it's the stupidest move ever done by the opposition.
Dan printscreen kenyataan 'Anwar nafi bakal jadi MB Selangor' bakal bergunaselepas PRK Kajang ini. Dan juga ayat-ayat seperti :
1. Terpaksa terima jawatan MB kerana konsensus seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor dan demi kepimpinan rakyat bla bla bla.
2. Sidang akhbar dan foto-foto pemimpin-pemimpin berpegang tangan tanda 'solidariti'.
3. Satu isu diapi-apikan sebagai diversion dan menenggelamkan sandiwara post-PRK Pakatan Pembangkang.Terdapat juga andaian yang mengatakan sandiwara Pakatan Pembangkang ini sekadar diversion untuk :
1. Menutup isu-isu yang melibatkan Anwar Ibrahim seperti kes beliau dimalukan apabila tidak memohon visa untuk masuk ke negara Jepun kerana Anwar Ibrahim adalah bekas banduan.
2. Kes biadap penyokong pembangkang yang membakar bendera Jepun hingga mendatangkan marah rakyat Malaysia di Jepun dan nama baik negara tercemar teruk oleh pakatan pembangkang.
Bagi MiM, isu-isu di atas tidak cukup kuat atau panas sehinggakan Pakatan Pembangkang perlu 'mengorbankan' Lee Chin Cheh, bekas ADUN Kajang.
MiM memikirkan sandiwara terbaru ini sebagai langkah terakhir Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan isu percakaran dan pertelingkahan yang berlaku di kem Pakatan Rakyat di Selangor.
Kata mudah, A gaduh dengan K. AI pening. Nak bagi fair and square, A tak dapat K pun tak dapat. End of the story.
Andaian ini lebih senang untuk kita terima apabila melihat sandiwara dan wayang kulit di Selangor ketika ini.
Dan pastinya, tindakan Anwar Ibrahim menjadi calon DUN Kajang sudah tentu akan mengecewakan warga Permatang Pauh, Pulau Pinang yang sehingga kini masih ternanti-nanti sumbangan Anwar kepada parlimen Permatang Pauh selain daripada ceramah, jamuan dan hamper?
Tambahan pula, warga Permatang Pauh sendiri pandai buat sate dan tidak perlu sampai wakil rakyat mereka menjadi ADUN Kajang untuk tahu resepi sate kajang.
Seperti yang MiM katakan, it doesn't make sense at all and it's the stupidest move ever done by the opposition.
Persoalan besar sekarang ialah, jika mengikut analisis DUN Kajang, PRU13 dan atmosfera persepsi rakyat hari ini, siapakah calon BN yang paling layak untuk bertanding di DUN Kajang, yang benar-benar mampu menganggu gugat Anwar Ibrahim hingga tahap boleh kalah?
Siapakah pemimpin ini?
Beberapa nama pemimpin BN sedang hangat diperkatakan dan yang paling hangat ialah nama Tun Dr Mahathir Mohamad!
Beliau adalah mentor Anwar Ibrahim dan beliau juga mampu menumbangkan anak didik beliau di PRK Kajang.
Buku bertemu ruas |
Dr Mahathir mungkin akan menolak cadangan ini tetapi what if....negarawan yang banyak berjasa kepada rakyat Malaysia ini menerima cadangan ini atas konsensus seluruh kepimpinan BN pusat dan negeri Selangor?
It's mind boggling but politics is the art of possible!
source : dr mim
No comments:
Post a Comment