Anwar Pernah Kata, Seminar Anjuran Jabatan Mufti Johor Menjijikan...
Apakah membela Islam sesuatu yang menjijikan?
Apakah dengan memberi penerangan kepada umat Islam tentang bahaya kristianisasi sesuatu yang
menjijikan?
Apakah dengan memberi penerangan tentang bahaya pluralisme dan liberalisme sesuatu yang menjijikan?
Baca komen bakal menteri besar orang selangor mengenai seminar “Pemantapan Aqidah, Bahaya
Liberalisme dan Pluralism Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam yang dianjurkan
oleh Jabatan Pelajaran Johor dan Jabatan Mufti Johor
Pakatan Rakyat hari ini mendesak Putrajaya memberikan penjelasan berhubung dengan seminar
'ancaman Kristianisasi' yang akan diadakan sabtu ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifat gerakan tersebut sebagai gerakan
politik yang menjijikan.
"Program ini merupakan gerakan politik yang menjijikan dan program sedemikian adalah
berbahaya serta akan memberi tekanan kepada hubungan antara agama di negara ini.
"Malah apq yang boleh saya katakan menggunakan agama adalah untuk menakutkan orang lain,"
jelasnya di Parlimen.
Menurut Anwar lain, program tersebut pasti dilakukan oleh Umno yang mana selama ini
pemimpin mereka kerap kali menggunakan sentimen agama dalam mendapatkan
sokongan serta undi Melayu.
"Sekiranya wujud ancaman Kristianisasi, pihak berkenaan perlu mengemukakan bukti
dan bukanya menimbulkan ketakutan serta kemarahan masyarakat Muslim.
"Adakah benar berlakunya gejala Kristiansasi dalam kalangan Muslim," tanya beliau.
Sebelum itu, Program berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Johor dan Jabatan
Mufti Johor bertajuk “Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralism Serta Ancaman
Kristianisasi Terhadap Umat Islam.
No comments:
Post a Comment