NUFFNANG

Wednesday, 29 January 2014

AZMIN GUNA ISU MORAL JATUHKAN NURUL

AZMIN GUNA ISU MORAL JATUHKAN NURUL

Pergolakan di dalam PKR menjelang pemilihan beberapa bulan lagi bakal menyaksikan paling 
sengit dalam sejarah parti itu.

Kumpulan Azmin Ali yang marah kepada Khalid Ibrahim kerana memecat bos mereka dari PKNS 
akan menggunakan kesempatan itu untuk memastikan grup yang bersekutu dengan menteri 
besar itu akan ditamatkan riwayat politik mereka.

Tekanan ke atas untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dari kalangan pemimpin pusat 
PKR semakin kiat kedengaran.

Semua ini didalangi oleh Azmin yang sekian lama sudah menyimpan dendam terhadap Khalid 
yang menjadi batu penghalang kepada agenda politik beliau di Selangor.

Apatah lagi kmungkinan besar penaung Khalid, Dr Wan Azizah Ismail tidak akan 
mempertahankan jawatannya sebagai presiden pada pemilihan parti akan datang bagi 
memberi laluan kepada suaminya, Anwar Ibrahim.

Tanpa perlindungan politik dari presiden parti, Khalid akan mudah terdedah 
dengan serangandalaman yang lebih hebat bagi memaksa beliau mengundur.

Azmin pandai menggunakan isu pemecatannya sebagai anggota lembaga pengarah PKNS 
sebagai batu api untuk meniup api kemarahan penyokongnya.

Mungkin buat pada masa ini kelebihan adalah pada kumpulan Azmin menerajui 
gerakan menumbangkan Khalid.

Bagaimanapun Khalid juga tidak boleh dipandang kecil kemampuannya untuk mengharungi 
duri ranjau politik PKR sejak menjadi menteri besar pada 2008.

Berbagai usaha sebelum ini dilakukan untuk melemahkan kedudukan beliau namun Khalid 
mampu bertahan kerana populariti di kalangan rakyat walaupun dibenci oleh sesetengah 
pemimpin PKR Selangor khususnya tim Azmin.

Jika Khalid mendedahkan sebab musabab sebenar Azmin digugurkan dari PKNS ini akan 
menjadi liabiliti besar bagi timbalan presiden parti itu.

Ini kerana jika pemecatan beliau bersabit dengan elemen rasuah atau penyalahgunaan kuasa, 
ini akan menyulitkan usaha Azmin untuk meraih sokongan padu dari ahli parti.

PKR selama ini melaung-laungkan slogan rakyat, keadilan dan ketelusan bagi mendapat 
sokongan politik untuk berkuasa.

Jika ia tidak mengambil tindakan sekiranya benar Azmin terbabit dalam sebarang 
penyelewengan dalam PKNS, sudah tentu maruah dan integriti PKR akan terjejas teruk.

Seperkara lagi yang igauan kepada Dr Wan Azizah sebelum beliau mengundur diri 
ialah perkembangan terbaru berhubung perkahwinan anaknya, Nurul Izzah yang 
baru-baru ini membuat permohonan fasakh terhadap suaminya.

Nurul sebagai naib presiden dilihat sebagai pemimpin muda yang mempunyai harapan 
cerah untuk menerajui parti suatu hari kelak.

Walaupun perceraian cuba ditutup sebagai masalah peribadi tetapi sebagai seorang ahli 
parlimen wanita dan juga pemimpin hirarki ketiga dalam parti.

Ini menyulitkan posisi Nurul terutamanya di kalangan ahli parti Melayu dan juga pengundi 
Melayu yang sensitif mengenai perkara sedemikian.

Bukan sahaja penting mempunyai moral yang tinggi tetapi juga perlu dilihat menjunjung 
nilai-nilai akhlak yang murni juga.

Masalah perceraian Nurul bukan berpunca tidak lagi sehaluan dengan suami tetapi alasan 
yang diberi di dalam permohonan fasakh ialah kehadiran pihak ketiga di dalam kehidupannya.

Ini tidak boleh diterima sama sekali kerana sebagai wanita Islam yang memakai tudung 
dan mempunyai suami dan dua orang anak, Nurul dilihat sebagai mempunyai satu model dan 
contoh keluarga bahagia.

Apabila Nurul sendiri mengaku bahawa beliau telah bermain kau tiga di belakang suaminya, 
bukan sahaja tindakan itu terlarang dari segi syariat agama, tetapi imej dan integriti beliau 
sebagai pemimpin muslimah juga turut hancur dan ranap.

Bak kata pepatah Inggeris, 'one man's loss is another man's gain'.

Inilah yang sedang dilakukan oleh kumpulan Azmin yang tidak menyenangi Nurul kerana 
beliau dan Khalid adalah kumpulan yang bersekutu dengan Dr Wan Azizah.

Perceraian Nurul dengan suaminya akan dijadikan isu untuk menjatuhkan beliau pada 
pemilihan akan datang.

Samada ini akan berjaya atau tidak bergantung kepada ahli-ahli akar umbi PKR.

Sekiranya mereka termakan dengan propaganda Azmin, kedudukan Nurul sebagai naib 
presiden akan terjejas.

Tetapi jika Nurul mendapat simpati dari perwakilan yang mengundi kelak, posisi beliau di 
dalam PKR adalah agak terjamin. 

source : taipingmali

No comments: