NUFFNANG

Wednesday, 29 January 2014

'Pelan Damai' - Tawaran Anwar hanya sandiwara?

'Pelan Damai' - Tawaran Anwar hanya sandiwara?


Tawaran kononnya untuk bekerjasama dan muafakat ke arah 'pelan damai' yang diusulkan ketua pembangkang Anwar Ibrahim kepada Barisan Nasional (BN) adalah satu sandiwara semata-mata, menurut beberapa penganalisis politik.

Bekas Setiausaha Sulit Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, Anuar Shaari berkata, Anggota Parlimen Permatang Pauh itu sebenarnya tidak ikhlas untuk menjalin permuafakatan nasional berkaitan keharmonian agama dan kaum di negara ini, sebaliknya bertujuan untuk meraih populariti.

"UMNO dan BN jangan terperangkap dengan permainan sebegini kerana kalau benar-benar ikhlas, sudah lama dia (Anwar) mencadangkan perkara seperti ini. Tetapi dia jugalah yang membuka jalan kepada sengketa antara kaum dan agama dengan memainkan isu-isu sensitif.

"Seperti isu kangkung, anggota Parlimen daripada partinya yang menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Anwar tidak pula menasihatkan apatah lagi mengambil tindakan ke atas anggotanya. Tunjukkan keihklasan dengan memperbetulkan masalah dalamanpartinya dahulu, kemudian baru tawar pelan damai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tawaran Anwar pada Ahad lepas yang dilaporkan akhbar mengajak kepada permuafakatan nasional terutamanya berkaitan keharmonian agama dan kaum di negara ini.


Sementara itu, Pelawaan Anwar perlu ditolak - Ezam!

Kerajaan perlu menolak dengan tegas pelawaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk berbincang soal permuafakatan nasional.

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, Anwar sendiri sebenarnya sudah bankrap idea dalam berpolitik dan atas sebab itu beliau secara tiba-tiba membangkitkan soal permuafakatan nasional bagi meraih perhatian.

"Anwar memang sudah bankrap moral dan politik tetapi dia masih hidup kerana kita sendiri lemah dan lembab dalam bertindak," kata Ezam menerusi laman Twitternya hari ini.

Pada Ahad lalu, Anwar menawarkan 'pelan damai' kepada BN untuk bersama-sama membincangkan mengenai isu nasional dan perpaduan kononnya demi kepentingan rakyat.

Suara Politik
Belantan

No comments: