NUFFNANG

Thursday, 30 January 2014

#PRK KAJANG - ANWAR TIDAK SUKA POSISI DI ATAS SAHAJA !

#PRK KAJANG - ANWAR TIDAK SUKA POSISI DI ATAS SAHAJA !

Sebelum ini MiM telah menulis entri tentang tindakan Anwar Ibrahim menjadi calon DUN Kajang : 


Tidak masuk akal apabila Anwar Ibrahim awal-awal lagi telah menafikan bakal menjadi Menteri Besar Selangor jika beliau 'menang'.

Dan Anwar Ibrahim bertanding hanya untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang? Itu sahaja?

Untuk memajukan perniagaan sate Kajang ke peringkat dunia? 
Tidak masuk akal apabila Anwar Ibrahim downgrading merendahkan status beliau daripada Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada Ahli Dewan Undangan Negeri yang akan melapor diri kepada Menteri Besar Selangor? 
Ketua dan calon Perdana Menteri pilihan Pakatan Pembangkang tetapi melapor diri kepada Menteri Besar? Seriously?

It doesn't make sense at all and it's the stupidest move ever done by the opposition seterusnya
Di bawah adalah jawapan 'menegak benang yang basah' Anwar : 
Keputusan bertanding pilihan raya kecil (PRK) Kajang bukan bermakna turun pangkat tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai contoh seorang pemimpin yang hebat. 
Anwar yang memegang jawatan Ketua Umum PKR serta Ketua Pembangkang berkata, seorang pemimpin yang sentiasa berada di atasadalah sesuatu yang tidak bagus. 
"Pemimpin hebat, dia boleh besar boleh turun.
"Kalau dia rasa dia di atas saja tak bagus," jawab Anwar seterusnya
Masaalahnya, Anwar masih 'berada di atas' kerana masih memegang jawatan Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang ketika menjadi calon DUN Kajang. 

Maka, di mana logiknya kenyataan Anwar??

Ini bukan hebat namanya tetapi tamak kuasa !

Anwar juga gagal menerajui Pakatan pembangkang untuk menewaskan Barisan Nasional di PRU12 dan PRU13 dan beliau telah berjanji kepada rakyat Malaysia bahawa beliau akan bersara jika gagal pada PRU13 yang lepas.



Bolehkah Anwar Ibrahim mengaku dirinya pemimpin hebat jika janjinya kepada rakyat tidak dikotakan?

Pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang mengotakan janjinya. 

MiM merujuk kepada artikel Forbes bertajuk Why You're Not A Leader.
You're not a great leader if : 
5.You care more about making promises than keeping them:Leadership isn’t about your rhetoric; it’s about your actions.
Sungguh memalukan?!

source : dr mim

No comments: