Anwar Bukan ‘Statesman’ Tulin
Kalau Anwar seorang yang mempunyai jiwa besar dalam politik, meletakkan diri sendiri sebagai calon, sekaligus mengatur jalan untuk menjadi MB membuktikan dia bukannya seorang ‘statesman’.
Seorang ‘statesman’ akan mendahulukan orang lain. Membuka ruang untuk rakan untuk naik dan maju ke hadapan.
Sebenarnya, kalau mengikut hukum akal politik yang ada adab, Anwar seharusnya meletakkan orang lain sebagai calon di DUN Kajang. Ini kalau ikut akal yang waras. Integriti dan nama baik parti mesti diutamakan. Perjuangan Keadilan tidak boleh dipusatkan kepada seorang individu.
Jika Anwar seorang ‘statesman’ yang matang, seharusnyalah dia melakukan perkara yang lebih baik berbanding meletakkan dirinya sendiri di Kajang. Antara yang boleh dilakukan oleh seorang ‘statesman’ tulin yang matang:-
- Kalaupun Lee perlu letak jawatan sebagai ADUN; dia perlu diganti oleh orang yang lebih muda dan berpendidikan. Barulah ada wajah dan sentuhan reformasi. Ini tidak. Muka lama. Muka yang tercalar hodoh dengan macam-macam cerita peribadi.
- Sebagai statesman, Anwar patut beri amaran kepada PKR, jika tak selesai isudalaman – PKR akan beri MB kepada PAS, atas nama pakatan politik sebenar. Mesti ada pembetulan dalaman.
- Jika Anwar seorang ‘statesman’, inilah peluang nak beri tempat kepada orang baru. Ramai orang muda dalam PKR. Anas Alam Faizli, Nurul Nuha.
- Anwar akan dapat markah politik lebih tinggi jika meletakkan Ambiga sebagai ADUN Kajang. Beri dia tempat. Letakkan sebagai EXCO Negeri dan kaji semula undang-undang yang dirasakan problematik.
- Anwar patut buat pendirian sama sekali tidak mahu jadi MB. Tugas sebagai Ketua Pembangkang cukup berat.
- Anwar patut beri Khalid Ibrahim lebih masa. Setahun untuk buat pembetulan. Barulah adil.
- Sebagai ‘statesman’, tak patut Anwar telanjangkan Azmin sampai begini sekali. Timbalan Presiden tertanggal maruah dan harga diri.
Apa yang Anwar buat di DUN Kajang adalah satu usaha menjahanam semangat reformasi yang tertulis dalam Deklarasi Permatang Pauh pada tahun 1998.
Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah;
Gerakan reformasi untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Demokrasi itu satu kemestian, kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu kewajipan;
Gerakan reformasi untuk memperjuangkan keadilan ekonomi,menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Dunia ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu; Gerakan reformasi untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan mahakaya;
source : gelagat anwar
No comments:
Post a Comment