NUFFNANG

Wednesday, 29 January 2014

MENARIK ! El Haraki Kecam Usaha Terancang Perlekeh Ulama PAS

El Haraki Kecam Usaha Terancang Perlekeh Ulama PAS

AIDCNews – 29/1/14 – Laman sosial pro ulama PAS, El Haraki mengecam usaha terancang portal berita The Malaysian Insider (TMI) memperlekeh kepimpinan ulama parti itu.
Kecaman itu dibuat terhadap penulis portal itu, Sheridan Mahavera yang menulis artikel bertajuk “Pemergian Harun petanda berakhirnya politik konservatif PAS?.”
Menurut El Haraki, penerbitan artikel itu adalah biadap dan tidak wajar diluluskan oleh Zulkifli Sulong, Pengarang Analisis dan Rencana portal itu yang sebelum ini pernah menjadi bekas Ketua Pengarang Harakah, Harakahdaily dan Siasah.
“Biadap sungguh Sheridan Mahavera dengan penulisannya di TMI yang berjudul “Pemergian Harun Petanda Berakhirnya Politik Konservatif PAS?”.
“Terpapar jelas bodoh sombongnya terhadap aspirasi perjuangan PAS dan tidak sensitif terhadap perasaan keluarga al-marhum serta seluruh ahli PAS.
“Namun, lebih mengecewakan ialah ruangan Bahasa di portal TMI di bawah seliaan Zulkifli Sulong boleh pula mengizinkan artikel sebegitu rupa disiarkan di TMI,” kritik El Haraki.
Laman sosial itu turut mempersoalkan motif mengaitkan pemergian Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib dengan ‘kematian’ survival politik parti.
“Kenapakah TMI mesra sungguh dengan penulis dan penulisan yang suka menjatuhkan kredit kepimpinan ulamak PAS?
“Ketegasan mempertahan dasar dan keaslian perjuangan PAS kenapa sering kali ditafsir sebagai konservatif dan tidak progresif?
“Kenapa tidak suka benar TMI dengan kenyataan kepimpinan PAS yang tegas mempertahankan dan memperjuangkan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah?
“Sebaliknya pula, kenapa TMI hanya sukakan buah akal bersumber nafsu oleh tokoh-tokoh liberalisme dan pluralisme, dan sangat benci kepada pandangan bersumber wahyu oleh khususnya para ulamak PAS? Lidah siapakah TMI ini? Bukan sahaja lidah bercabang, berbau busuk pula.
“Oh Zul Sulong!!,”sindirnya lagi.
El Haraki juga turut mengecam blogger PAS, Zainulfaqar Yaakob yang memperlekehkan kepimpinan ulama parti itu.
Zainul Faqar membuat sindiran terhadap kepimpinan ulama dengan mengumumkan pelantikan Wan Ji Al Bakistani sebagai Ketua Dewan Ulama yang baharu.
“Sebelum ini biadab dengan al-Marhum Ustaz Azizan, kini biadab dengan al-Marhum Tuan Guru Harun Taib pula.
“Zainul Faqar biadab!,” kecam El Haraki.

source : aidc

No comments: