NUFFNANG

Friday, 31 January 2014

PRK Kajang: Insya Allah PAS Berpeluang Jadi MB Selangor!!!

PRK Kajang: Insya Allah PAS Berpeluang Jadi MB Selangor!!!

Mungkin sengaja Allah s.w.t mentakdirkan supaya Anwar bertanding 
di PRK Kajang. Sama adaAnwar menang atau kalah ia pasti 
akan dan tetap memberikan banyak peluang keemasan untuk PAS 
membuktikan bahawa parti itu masih kuat dan berpengaruh. 
(kzso -  mana ada mungkin buat ALLAH SWT! semuanya adalah
 ketetapan ALLAH SWT)

Pada percaturan PAS, jika Anwar kalah kedudukan PKR di Selangor hanya 
tinggal 13 kerusi DUN.

Tetapi jika Anwar menang, kerusi PKR masih kekal 14 buah. Berbanding 
15 PAS dan DAP 15. Manakala UMNO 12 buah kerusi DUN. 

Andaikata PAS ingin menabalkan kalangan ADUNnya untuk menjadi calon MB, 
ahli-ahli DUN perlu mengadakan pengundian untuk menentukan sokongan 
kepada Anwar atau calon MB baru dari PAS. Kapir harbi DAP tidak boleh jadi
 calon MB kerana mereka bukan Melayu dan bukan Islam. Ini termaktub 
dalam Perlembagaan Negeri Selangor.  

Bayangkan jika semua 12 ahli DUN BN tidak mengundi Anwar sebagai calon 
MB dan ditambahpula dengan 15 ahli DUN PAS yang juga tidak mahu mengundi 
Anwar menjadi calon MB, maka jumlah ahli yang menentang pencalonan Anwar
sebagai MB ialah 27 ahli berbanding 29 ahli gabungan PKR dan DAP.

Hanya kurang dua kerusi untuk menidakkan peluang Anwar. Kalau Tan Sri Abdul 
Khalid Ibrahim atau sesiapa saja di kalangan ADUN PKR yang tidak mahu 
mengundi menyokong Anwar, maka kedudukan akan menjadi seri 28-28. Macam
yang pernah dicanangkan oleh PAS dalam PRK Kuala Besut di Terengganu dulu. 




Kedudukan Anwar memang tidak selamat apatah lagi jika undi Khalid Ibrahim 
atau satu undi darimana mana ahli PKR atau DAP yang belot menyokong 
PAS akan menjadi undi penentu (majoriti 29 kerusi). Mungkinkah Abdul Khalid 
yang kini merasa amat terhina dengan percubaan mengugurkan beliau dari 
jawatan MB turut akan mengundi calon PAS atau berkecuali?

Senario lain pula jika 29 ADUN mana-mana parti itu (gabungan 15 PAS + 
12 UMNO + 2 PKR Melayu-Islam) mengusulkan undi tidak percaya pada Anwar, 
sudah tentu MB dari PKR itu perlu meletakkan jawatan dan digantikan dengan MB 
PAS yang baru.  Apatah lagi jika ia disokong oleh Tuanku Sultan dan 
rakyat. Sememangnya PAS perlu mengambil tanggungjawab menjadi MB 
baru demi membawa Selangor ke arah Baldatun Toyyibah Wa 
Rabbun Ghafur - Negeri yang dirahmati Allah dan bebas maksiat, Insya Allah.

Apa-apa pun kesemua keputusan itu nanti akan menjadikan calon PAS 
sebagai MB Selangor yang berwibawa. Inilah masa untuk umat Islam 
bersatu menentang bapak pluralisme dan komunis DAP. Ayuh PAS lenyapkan 
mimpi-mimpi Anwar untuk menjadi MB Selangor yang baru. Kamu 
lebih layak sebenarnya!



Haji Abdul Hadi dan ahli-ahli PAS Selangor yang bijak berstrategi tentu 
sudah tahu segala kelemahan Anwar. Nah inilah masa sesuai untuk menekan 
Anwar di DUN Selangor nanti. Ingatfoto-foto dan VCD-VCD ghairah Anwar 
masih banyak belum keluar lagi, PAS tahu semua itu....Apa lagi peluang 
keemasan sudah ada. Inilah masa PAS perlu membuktikan dirinya 
bermaruah dan gagah!

PAS mampu membuat keputusan... ADUN Cempaka adalah pemimpin PAS 
Negeri yang paling layak sebagai MB baru bagi Selangor.

Fikir-fikirlah ...Apapun kita makan sate dulu!


No comments: