NUFFNANG

Thursday 30 January 2014

Majlis Tertinggi UMNO berdiri teguh belakang kerajaan pertahan kalimah Allah

Majlis Tertinggi UMNO berdiri teguh belakang kerajaan pertahan kalimah Allah

mtxx5xxdemo

Suasana mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra petang Jumaat agak hot sikit.Hampir 2,000 orang ahli UMNO dari Bahagian Pasir Salak,Perak berhimpun di depan ibupejabat UMNO di situ untuk suarakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan dalam menghadapi isu kalimah Allah.

Ini kali pertama ahli akar umbi berhimpun depan ibupejabat parti untuk berdiri teguh dibelakang pimpinan di celah polimek isu itu yang belum selesai selesai gara-gara sikap degil pihak gereja Katholik yang berkeras hendak guna juga kalimah itu.
Rasa marah mereka pada tindak tanduk itu jelas tergambar semasa himpunan yang bermula jam 4 petang hingga selesai mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.Mereka juga membawa sebilangan spanduk yang bertulis pelbagai slogan terhadap isu berkenaan.

mtxx7demo2

Mereka kemudian telah menyerahkan memoradum mengenai hal itu kepada Najib di lobi Menara Dato Onn di situ.
Sementara itu dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Perdana Menteri memberitahu badan pengubal dasar parti itu telah menyatakan sokongan terhadap pendirian kerajaan dalam mempertahankan kedudukan agama Islam, termasuk kalimah Allah.
Beliau berkata MT juga mengambil maklum resolusi 10 perkara yang telah dipersetujui kerajaan pusat.

mtxx6pmxx

Bagaimanapun kata perdana menteri resolusi itu tertakluk kepada undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri.
"Maknanya kalau negeri itu ada enakmen, ia tertakluk kepada enakmen negeri. Kalau negeri yang tidak mempunyai enakmen seperti Sabah dan Sarawak, maka amalan biasa boleh diteruskan dan tidak ada pihak yang harus menakutkan mana-mana pihak," katanya.
 
Resolusi 10 perkara telah dibuat kerajaan pada tahum 2011 yang antaranya membenarkan masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak terus menggunakan alkitab (bible) versi bahasa Melayu mereka.

mtxx8-meetxx

Najib berkata perkara ke-9 dalam resolusi itu juga ada mengatakan secara spesifik bahawa ia tertakluk kepada undang-undang persekutuan dan enakmen negeri.
Menjawab soalan mengenai titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah baru-baru ini mengenai penggunaan kalimah Allah adalah eksklusif untuk orang Islam, beliau berkata titah itu adalah dalam konteks negeri Kedah memandangkan Seri Paduka sebagai ketua negeri Kedah.
"Ucapan dibuat pada hari keputeraan (Seri Paduka) Baginda," katanya.

source : agenda daily

No comments: