NUFFNANG

Wednesday, 29 January 2014

BIAR BETOL ? Wikipedia Sudah Meroyan Letak @anwaribrahim Sebagai Menteri Besar Yang Baru cc. @Khalid_Ibrahim @faekah_qkn5

Wikipedia Sudah Meroyan Letak @anwaribrahim Sebagai Menteri Besar Yang Baru cc. @Khalid_Ibrahim @faekah_qkn5



Amat memalukan bagi portal rujukan seperti Wikipedia meroyan hari ini dengan meletakkan Anwar Ibrahim dalam senarai Menteri Besar Selangor. Dalam senarai berkenaan, nama Anwar Ibrahim diletakkan sebagai Menteri Besar ke-16 selepas TS Khalid Ibrahim, berkuatkuasa dari 2014. (Lihat di sini, selagi tidak diubah)

CTS pernah menghadiri kursus Wikipedia. Walaupun data-data yang diletakkan di dalamnya bergantung kepada Admin yang tertentu, namun editor-editor yang meluluskan penyiaran sesuatu data amat teliti di dalam menyemak bukti yang dilampirkan sebelum ianya diletakkan di dalam Wikipedia. Hasil carian mendapati perubahan ini dilakukan (modified) 42 minit yang lalu dari Pulau Pinang. Data seperti di bawah:


Nampak gayanya, ada pihak yang sudah tidak sabar benar untuk menjadi Menteri Besar Selangor. SPR belum menentukan bila tarikh PRK akan diadakan. Rakyat Kajang belum menentukan siapa Wakil Rakyat yang akan mereka pilih. Tuanku Sultan Selangor belum tentu akan memberi perkenan kepada orang dari Pulau Pinang ini dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

Jangan lupa, undang-undang tubuh dan perlembagaan negeri mensyaratkan perlantikan Menteri Besar Selangor mesti mendapat perkenan dari Sultan Selangor. Banyak-banyakkanlah bersabar wahai Anwar Ibrahim. Janganlah tunjuk gelojoh sangat. Lihat fakta berikut:

PRU-12 - 12/3/2008
31/7/2008 - Wan Azizah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh
1/8/2008 - PKR umum Anwar Ibrahim sebagai calon Ahli Parlimen Permatang Pauh

PRU-13 - 5/5/2013
27/1/2014 - ADUN PKR, Lee Chin Cheh umum letak jawatan ADUN Kajang.
28/1/2014 - PKR umum Anwar Ibrahim sebagai calon DUN Kajang.

Deja Vu?


Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2014/01/wikipedia-sudah-meroyan-letak.html#sYUJpqWo753ChqG0.99

source : cucu tok selampit

No comments: