PAS Selangor tunjuk garang...nak jawatan MB jika tukar orang
Setelah dramaPKR..ini drama PAS pula.Jika dinilai dari reaksi awal PAS Selangor nampak seolah terkejut dan bingung dengan episod perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR Kajang dan spekulasi Datuk Seri Anwar Ibrahim nak jadi Menteri Besar.
Tidak lama sejurus pengumuman Anwar jadi calon pilihanraya kecil (PRK) Kajang kedua-dua PAS Negeri Selangor dan Pemuda PAS Selangor membuat kenyataan yang bunyinya cukup garang.
Entahlah mungkin gempak saja tu....siapa tahu selepas ini jika Datuk Seri Haji Hadi Awang ' batuk' semuanya sunyi senyap menikus kot.
Semasa sidang akhbar Anwar dan Tan Sri Khalid Ibrahim di ibupejabat PKR pagi Selasa wakil PAS yang hadir ialah Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Bendahari Dr Hatta Ramli.
Apakah kehadiran mereka itu dengan restu Haji Hadi dan tanda sokongan PAS Pusat terhadap ' move' PKR itu tidaklah dapat dipastikan setakat ini.
Pemuda PAS Selangor mengancam hendak memboikot kempen pilihanraya itu jika PKR gagal memberi penjelasan munasah keatas pengosongan kerusi itu.
Ia juga mengingatkan bahawa tiada istilah Selangor adalah negeri PKR.
Hakikat diatas kertas sekarang PAS mempunyai 15 kerusi di Selangor lebih satu berbanding PKR 14.DAP juga 15.
Setiausaha PAS Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman dalam satu kenyataan rasmi kata isu kekosongan kerusi DUN Kajang adalah isu dalaman PKR dan pihaknya hanya akan bertindak sebagai pemerhati selagi isu jawatan Menteri Besar tidak dikaitkan.
Beliau menegaskan jika jawatan Menteri Besar terlibat PAS bersedia menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad sebagai calon utama.
“Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan di terima oleh rakyat.
PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon Menteri Besar yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan YB Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai calon utama kita,” katanya
Menurut Khairuddin, alasan PAS menghantar calon adalah kerana PAS memiliki jumlah kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.
Bagaimanapun katanya keputusan muktamad hanya akan diputuskan oleh kepimpinan pusat.
Dalam perkembangan yang berkaitan, Pemuda PAS Selangor mengancam untuk memboikot PRK DUN Kajang sekiranya PKR gagal memberi penjelasan munasabah berhubung peletakkan jawatan tersebut.
Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata sekiranya PKR gagal berbuat demikian, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen PRK Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR.
“Pemuda PAS Selangor mengingatkan PKR bahawa Selangor khususnya adalah negeri yang ditadbir secara bersama oleh PAS, PKR dan DAP.
“Tiada istilah Selangor adalah negeri PKR atau sebaliknya, maka tindakan sebegini akan mengeruhkan suasana politik antara Pakatan Rakyat dan memberi imej negatif kepada rakyat,” tegasnya.
Sementara itu bekas Ketua Pemuda PAS,Nasharudin Tantawai juga rasa kurang senangnya dengan perkembangan di Selangor.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Termerloh dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat luah perasaan di laman facebooknya mempertikaikan kenapa perlu di adakan PRK DUN Kajang ketika ini.
Kami siarkan sepenuhnya luahan perasaan beliau dalam tulisan bertajuk Kajang Pak Malang itu di bawah ini.
1. Tetiba jer ada pilihanraya kecil. Tidak ada kematian dan tidak ada keuzuran. Sesaja jer letak jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain. Macam main - main jerr !
2. Pilihanraya ni sebahagian dari perjuangan. Bukan untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu. Bukan juga tempat untuk test power atau test market dan bukan juga untuk test drive. Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out rakan seperjuangan.
3. Pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan. Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar . Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda.
4. Malang bagi ADUN Kajang yang mengabaikan amanah dan mempersiakan kepercayaan rakyat kepada beliau. Lebih malang kerana game ini dilihat cuba untuk mengkangkungkan rakyat. Sudahlah rakyat berhempas pulas mengharungi musim buka sekolah dengan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang yang melambung , kini wang, masa dan tenaga mereka mahu dihabiskan pula untuk pilihanraya kecil yang malang di Kajang.
5. Roadshow GST, mobilisasi TURUN seperti tiada makna bagi mereka. Saat rakyat marah isu kos hidup dan derita dengan isu barang naik, mereka alih tumpuan yang menambah perit dan jerih rakyat. Momentum hilang. Akhirnya rakyat berkata, kami bertarung untuk hidup. Kamu bertarung sesama sendiri untuk merebut jawatan. Lebih parah apabila tindakan yang dibuat langsung tidak dirundingi dan dibincang terlebih dahulu dengan rakan - rakan kompenan Pakatan Rakyat. Langkah diambil bukan sahaja tiada keberkatan kerana mengenepi prinsip muafakat tetapi juga ia satu tindakan memudharatkan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat. Hukumnya haram bertindak begini.
source : agenda daily
No comments:
Post a Comment