NUFFNANG

Thursday 23 January 2014

PKR Dah Buat Keputusan... Khalid Ibrahim Bakal Digantikan Dengan Azmin Ali!

PKR Dah Buat Keputusan... Khalid Ibrahim Bakal Digantikan Dengan Azmin Ali!

Kemelut atau drama yang menggunakan skrip murahan antara Timbalan Presiden PKR dengan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, sudah semakin memasuki fasa yang tidak masuk akal. Alasan demi alasan yang diberikan baik oleh Azmin Ali mahupun Khalid Ibrahim berhubung pemecatan Azmin Ali daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS, bukan sahaja tidak dapat diterima bahkan ramai yang melihat kedua-dua belah pihak yang saling berebut jawatan Menteri Besar itu, sedang melakonkan babak-babak drama picisan.

Campurtangan Anwar Ibrahim juga tidak menarik perhatian memandangkan semua pihak tahu, ke sebelah siapa Anwar Ibrahim akan berpihak. Anwar yang berasakan dia sangat berkuasa, telah mengarahkan Khalid Ibrahim dan PKNS menarik balik pemecatan.

Malangnya, Khalid Ibrahim yang berada dalam kem Wan Azizah enggan akur dengan perintah Anwar Ibrahim, sebaliknya memilih untuk menggunakan jalan berliku iaitu mengarahkan pemecatan dua orang pegawai PKNS.

Sebelum itu tolak tarik antara Anwar Ibrahim, Khalid Samad, Azmin Ali dan PKNS kedengaran begitu memualkan. Keempat-empat pihak saling menyalahkan antara satu sama lain dalam kes pemecatan Azmin Ali. Azmin Ali yang menjadi 'mangsa' enggan meminta maaf dan telah menggerakkan konco-konconya seperti Zuraidah Kamaruddin untuk mendesak Khalid Ibrahim memberikan penjelasan dan rasional pemecatan Azmin Ali itu.

Gelombang kedua untuk menggulingkan Khalid Ibrahim kembali kedengaran. Kem masing-masing bersiap sedia untuk melancarkan peperangan buat kali terakhir merebut jawatan Menteri Besar bagi kepala-kepala mereka.

Bukan rahsia lagi, PKR Selangor sedang mengalami pergolakan yang sangat teruk ekoran pemecatan Azmin Ali daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS. Dendam kerana Azmin Ali tidak diperkenankan sebagai Menteri Besar Selangor, semakin memuncak dan membakar. Kalau sebelum ini, UMNO dan Barisan Nasional menjadi mangsa belasahan, tetapi nampaknya kali ini keadaan adalah sebaliknya. PKR saling bercakaran sesama sendiri.

Sebenarnya tidak kisahlah sama ada ianya benar-benar berlaku atau sekadar satu drama untuk mengalihkan perhatian. PKR tidak mempunyai sebarang asas untuk dipercayai kerana segala-gala yang berlaku dalam PKR, semuanya merujuk kepada Anwar Ibrahim. Kalau Anwar Ibrahim bermasalah, maka akan wujudlah cerita-cerita seperti ini.

Dan sememangnya Anwar Ibrahim sedang berhadapan dengan masalah besar kerana egonya tercabar dan malunya bertambah besar apabila Imigresen Jepun enggan membenarkan dia masuk ke negara itu kerana statusnya selaku BEKAS BANDUAN.

No comments: