NUFFNANG

Thursday 23 January 2014

CERITA PKR SELANGOR SEBULAT SUARA GANTIKAN MB KHALID IBRAHIM DENGAN AZMIN ALI, CUBAAN UNTUK TUTUP KEMALUAN ANWAR IBRAHIM!!!

CERITA PKR SELANGOR SEBULAT SUARA GANTIKAN MB KHALID IBRAHIM DENGAN AZMIN ALI, CUBAAN UNTUK TUTUP KEMALUAN ANWAR IBRAHIM!!!



Gelombang kedua untuk menggulingkan Khalid Ibrahim kembali kedengaran. Kem masing-masing bersiap sedia untuk melancarkan peperangan buat kali terakhir merebut jawatan Menteri Besar bagi kepala-kepala mereka.

Bukan rahsia lagi, PKR Selangor sedang mengalami pergolakan yang sangat teruk ekoran pemecatan Azmin Ali daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS. Dendam kerana Azmin Ali tidak diperkenankan sebagai Menteri Besar Selangor, semakin memuncak dan membakar. Kalau sebelum ini, UMNO dan Barisan Nasional menjadi mangsa belasahan, tetapi nampaknya kali ini keadaan adalah sebaliknya. PKR saling bercakaran sesama sendiri.

Sebenarnya tidak kisahlah sama ada ianya benar-benar berlaku atau sekadar satudrama untuk mengalihkan perhatian. PKR tidak mempunyai sebarang asas untuk dipercayai kerana segala-gala yang berlaku dalam PKR, semuanya merujuk kepadaAnwar Ibrahim. Kalau Anwar Ibrahim bermasalah, maka akan wujudlah cerita-cerita seperti ini.

Dan sememangnya Anwar Ibrahim sedang berhadapan dengan masalah besar kerana egonya tercabar dan malunya bertambah besar apabila Imigresen Jepun enggan membenarkan dia masuk ke negara itu kerana statusnya selaku BEKAS BANDUAN....TERUSKAN BACAAN DI SELANGOR CHRONICLE

source : the flying kick

No comments: