NUFFNANG

Monday 8 December 2014

Perlucutan ‘Datuk Seri’ : Anwar Pertahan Diri Atas Nama ‘Tuhan’ Di Gereja Holy Family Kajang

Perlucutan ‘Datuk Seri’ : Anwar Pertahan Diri Atas Nama ‘Tuhan’ Di Gereja Holy Family Kajang

AIDCNews – 8/12/14 – Menjawab isu penarikan balik gelaran ‘Datuk Seri,’ Anwar Ibrahim mempertahankan dirinya atas nama Tuhan ketika berucap dalam majlis jamuan Krismas di Gereja Holy Family Kajang pada Ahad.
“Mempunyai gelaran tidak bermakna seseorang itu lebih disayangi tuhan,” lapor Malaysiakini. tentang rumusan kenyataan Anwar di gereja itu.
Lapor portal itu lagi, Anwar berkata, malah “raja yang agung” juga tidak mendapat jaminan itu di sisi tuhan.
“Walaupun seseorang itu miskin, di sisi tuhan, mungkin beliau lebih mulia,” kata Anwar.
Pada Selasa, istana Selangor membatalkan gelaran Datuk Seri yang diberikan pada Anwar ekoran tindakannya yang menyinggung sultan semasa krisis menteri besar sebelum ini.
Penarikan anugerah Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) itu berkuasakuasa bermula 3 November lalu.
Istana berkata, keputusan menarik balik gelaran Anwar itu kerana beliau “berulang-kali mempersoalkan integriti Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi diraja dalam krisis menteri besar baru-baru ini”.

Berkaitan isu sama,  facebook  pro ulama, ‘Pemburu Jebon‘ membidas kenyataan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mhafuz Omar yang mendakwa Saidina Umar Al-Khattab pernah bersoalt di gereja sebagai justifikasi kehadiran Anwar di gereja terbesar Kajang.
Facebooker Pemburu Jebon turut melampirkan gambar Anwar bersama Pope yang dijadikan latar belakang untuk majlis di gereja Kajang tersebut.
“Demi menghalalkan apa jua tindakan berbagai alasan dicipta….
“Kononya Saidina Umar pun solat di gereje… Jadi tidak salah la org Islam pergi ke gereja untuk bermesyuarat.
“Macam dah takde DEWAN atau tmpt lain nak bermesyuarat. Cubalah elak dari menimbulkan FITNAH… Susah sangat ke?,” ulasnya.
Pemburu Jebon merumuskan apa yang dilakukan PKR tidak sama yang dilakukan Saidina Umar Al-Khattab
“Jangan samakan SAIDINA UMAR yang MEMPERJUANGKAN ISLAM dengan PEMIMPIN PKR pula… Jauh sangat bezanya…,”katanya.
Mengulas kenyataan facebooker Ahmad Shuaib Ismail yang menyatakan ahli Parlimen PAS, Dr Che Rosli juga turut hadir dalam majlis itu, Pemburu Jebon berkata kerana agenda PKR, maka fitnah telah bermaharaja lela.
“FITNAH bermaharajalela…Ni semua PKR punya pasal…PAS juga dipersalahkan…,”katanya lagi

source : aidc

No comments: