NUFFNANG

Friday 19 December 2014

AZMIN DISINDIR NO COMMENT SELEPAS BERGELAR MB SELANGOR

AZMIN DISINDIR NO COMMENT SELEPAS BERGELAR MB SELANGOR

 by Generasi Pejuang Bangsa
 


Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Jayum Jawan menyatakan, Mohamed Azmin Ali masih gagal menggunakan sepenuhnya peluang 100 hari pertama sebagai Menteri Besar Selangor.
Menurutnya, Azmin tidak menunjukkan ‘keistimewaannya’ lagi dan oleh itu, beliau perlu terus berusaha untuk mencari keunikkan dan keistimewaannya sebagai Menteri Besar.
“Sebagai Menteri Besar baru di Selangor, beliau harus mencari keunikkan dan keistimewaan beliau sebagai Menteri Besar kerana ia akan mendekatkan beliau dengan rakyat Selangor serta menjadi permata di dalam PKR,” ujarnya sewaktu dihubungi Free Malaysia Today.
Pendapat Jayum itu turut disokong oleh, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak.
Katanya, hala tuju Selangor yang dibawa oleh Azmin masih belum jelas walaupun tempoh beliau mentadbir Selangor sebagai Menteri Besar kini sudah menjelang 100 hari.
“Dia tidak komited dan jawapan yang diberikan oleh Azmin menampakkan beliau kurang memberikan komitmen di dalam perkara itu. Dia asyik ‘no comment’ sahaja. Bahkan sering mengelakkan diri daripada memberikan jawapan yang jelas selain sikap dan pendirian dia dalam beberapa isu di Selangor,” jelasnya.
Sewaktu diminta mengulas mengenai situasi UMNO Selangor, kedua-dua orang ahli akademik ini bersetuju bahawa UMNO Selangor memerlukan perubahan besar.
Bagi Jayum, Selangor masih boleh ditawan, tetapi dengan syarat UMNO Selangor perlu dipimpin oleh muka baharu.
“UMNO Selangor perlu dipimpin oleh muka yang bukan bahan kitar semula,” jelas beliau.
Begitu juga dengan seorang lagi Mohamed Mustafa yang bersetuju bahawa UMNO Selangor memerlukan satu perubahan besar.
“Selagi tidak dilakukan perubahan yang besar dari semua aspek, tidak ada ada harapan untuk UMNO Selangor mengambil alih Selangor.
Jelasnya lagi, ia bukannya berpunca daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, tetapi seluruh UMNO Selangor itu sendiri.
“Tidak ada kaitan dengan Noh Omar, tetapi UMNO Selangor itu sendiri. Cara pentadbiran dan cara mereka menguruskan menyediakan satu platform untuk mereka berdepan dengan Pakatan Rakyat. UMNO Selangor masih tidak jelas,” katanya.
source : sejarah melayu

No comments: