NUFFNANG

Sunday, 28 December 2014

INILAH AKIBATNYA DAPAT KM KETURUNAN BUKAN MELAYU - ISLAM...KONSERT KHAYAL DI BATU FERINGHI

INILAH AKIBATNYA DAPAT KM KETURUNAN BUKAN MELAYU - ISLAM...KONSERT KHAYAL DI BATU FERINGHI

BATU FERRINGHI - Ketika penduduk di bahagian Pantai Timur Semenanjung bertarung dengan bencana alam, khabar angin mendakwa sambutan tahun baharu di sepanjang pantai di sini, akan dipenuhi dengan sambutan tidak bermoral.

Tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat beberapa hotel dan penganjur yang mula mempromosikan konsert tahun baharu.

Bagaimanapun, ia menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai berikutan negara masih dilanda musibah namun, ada yang langsung tidak prihatin dengan keadaan berkenaan.

Beberapa penduduk di sini memberitahu risalah mengenai penganjuran sebuah konsert yang agak meragukan juga sedang giat dijalankan.

Seorang peniaga di sini yang enggan namanya didedahkan berkata, antara sambutan tahun baharu berkenaan dinamakan sebagai Trance Movement.

“Melalui risalah yang saya dapat, ia akan dibuat secara terbuka di pantai, sama seperti konsert syarikat arak beberapa tahun lalu dan kerana ini kami tidak sedap hati.

“Sekarang ialah waktu bencana negara, kenapa perlu diraikan program sebegini di tempat kami. Pelbagai khabar angin mengenai konsert itu seperti penyalahgunaan dadah dan arak sudah sampai ke pengetahuan orang kampung,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut sumber, konsert Trance Festival sebelum ini dianjurkan di Indonesia dan trance membawa maksud keadaan kemasukan roh serta berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.

Tragiknya, konsert berkenaan akhirnya menyebabkan tiga orang mati di Jakarta pada Mac lalu.

Bukan saja di negara luar, konsert itu kemudiannya dipercayai dibawa ke Stadium Bukit Jalil dengan nama yang berlainan pada awal tahun ini.

Namun akibat penggunaan dadah dalam kalangan pengunjung konsert, enam pengunjung maut ketika konsert berlangsung.

Kini penganjuran Trance Movement cuba pula dibawa ke negeri ini dan masih menjadi tanda tanya sama ada ia mendapat kelulusan daripada pihak bertanggungjawab ataupun tidak.

Konsert ini pada asalnya dibawa dari Eropah yang mana dipenuhi dengan tarian elektronik dan kemudiannya mengikut peredaran zaman sehingga dicemari dengan penggunaan dadah.
Konsert tidak bermoral

Bagi Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Bukit Bendera, Saiful Lizan Yusof, beliau menganggap konsert yang bakal diadakan ini sebagai sesuatu yang tidak tahu malu.

Menurutnya, ketika penduduk di negeri lain bertarung nyawa dengan malapetaka yang melanda, ada penganjur yang mengadakan konsert sambutan tahun baharu.

“Setakat riadah mungkin tiada masalah tetapi jika ia berunsurkan perkara yang melalaikan sudah tentu ia adalah satu benda yang amat memalukan.

“Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk mana-mana penganjur mengadakan konsert sedemikian rupa,” katanya.

JKKK minta henti

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Ferringhi, Jamaludin Hashim meminta supaya mana-mana agensi tidak membenarkan penganjuran konsert berkenaan terus diadakan di sini.

Menurutnya, ia tidak sepatutnya diadakan memandangkan masih ramai yang bersedih.

“Kalau boleh henti, mari kita hentikan sama-sama dan terus membantah ia dari terus dibuat di tempat kita.

“Walaupun tempat ini adalah lokasi pelancongan tetapi tidak perlu hiburan sebegini diadakan,” katanya.

MPPP masih belum lulus

Sementara itu, Bahagian Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengesahkan masih belum meluluskan konsert berkenaan.

Jurucakapnya berkata, wakil penganjur sudah mengambil borang permohonan.

“Tetapi setakat ini kami tidak lagi meluluskannya kerana tidak menerima sebarang surat sokongan daripada jabatan teknikal, polis atau bomba.

“Jika ada surat sokongan barulah ia akan disalurkan ke bahagian perlesenan untuk diluluskan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi tidak mahu mengulas lanjut isu konsert berkenaan berikutan masih baru menerima permohonan daripada penganjur semalam.

Katanya, polis mungkin tidak akan mengeluarkan permit sekiranya penganjurannya membawa kesan negatif.
 

No comments: