NUFFNANG

Monday 22 December 2014

Kagum! Indra Putra Beraksi Dengan Kuku Ibu Jari Kaki Baru Tercabut

Kagum! Indra Putra Beraksi Dengan Kuku Ibu Jari Kaki Baru Tercabut




Piala Suzuki AFF 2014 baru melabuhkan tirainya semalam dengan menyaksikan skuad Malaysia tewas melalui agregat 4-3 kepada skuad Thailand dalam Final berlandung di Dtadium Nasional Bukit Jalil.

Tidak dinafikan penyerang senior, Indra Putra Mahyuddin, 31, merupakan penggerak utama Harimau Malaya dan telah mendapat pujian daripada seluruh rakyat Malaysia.

Tapi tahukah anda sebenarnya di sebalik aksi cemerlang beliau Indra sebenarnya mengalami kecederaan apabila kuku ibu kaki beliau baru tercabut.




Memang sakit kerana diketahui setiap sepakan bola akan melibatkan kawasan kaki tersebut. Perkara ini telah disahkan oleh doktor pasukan kebangsaan, Dr Jass Khuzairi menerusi laman Twitternya semalam.

Beliau menyifatkan Indra sebagai salah seorang lagenda bola sepak tempatan kerana komitmen yang diberikannya boleh dijadikan contoh terbaik kepada permain baru yang terlibat dalam bola sepak tanah air.




Apapun terima kasih diucapkan kepada Indra atas kesungguhan beliau membantu skuada Harimau Malaya dan tidak dilupakan juga kepada permain lain yang beraksi dengan baik di atas padang sehingga melayakkan kita mara ke final.

Walaupun kalah, Harimau Malaya tetap menang di hati peminatnya

Source : aans blog

No comments: