NUFFNANG

Monday, 29 December 2014

DESAK AUTONOMI UNTUK P.PINANG SATU HASUTAN UBAH PERLEMBAGAAN – REEZAL

DESAK AUTONOMI UNTUK P.PINANG SATU HASUTAN UBAH PERLEMBAGAAN – REEZAL

image
KUALA LUMPUR 28 Dis. – Gesaan pemimpin DAP Pulau Pinang untuk melakukan kajian semula ke atas kontrak Persekutuan disifatkan satu manifestasi agenda politik jahat parti berkenaan.
 Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, jika sebelum ini sudah ada benih cadangan sama disuarakan dalam bentuk ‘fiscal decentralization’, namun gesaan yang dibuat Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebenarnya boleh disifatkan cubaan menghasut supaya melakukan perubahan menyeluruh kepada Perlembagaan Persekutuan.
 “Apakah pemimpin Melayu yang dipayungi parti itu kini terdesak sehingga sanggup mencadangkan perkara seperti ini? “Apakah mereka ini telah dipaksa untuk mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak masuk akal dan dangkal,” soalnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Zairil Khir menerusi portal rasmi parti itu, Roketkini.com berhubung gesaan mengubah kontrak Persekutuan dalam usaha ke arah desentralisasi ataupun pengagihan kuasa pusat harus digalakkan demi membentuk persekutuan yang benar-benar menghormati hak dan kesejahteraan negeri-negeri di bawah naungannya.
 Dalam pada itu, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, Zairil Khir seharusnya tidak perlu menggunakan fakta dangkal seperti sumbangan Pulau Pinang kepada perbendaharaan Persekutuan kerana pimpinan terdahulu telah menyusun Perlembagaan dengan sebaik mungkin sehinggakan ‘Semangat Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan’ yang disusun kemas dengan pemisahan jelas di antara tanggungjawab Persekutuan, Negeri dan perkara yang dikongsi antara kedua-duanya.
“Kita tidak perlukan ahli politik yang ‘bergelut’ dan tenggelam timbul dalam arus rasisme DAP dalam mencari jalan singkat untuk popular.
““Atau apakah cadangan ini sebenarnya satu manifestasi kegagalan Lim Guan Eng dalam mengurus kerajaan Pulau Pinang selama ini lalu memerlukan ‘bantuan’ dengan gesaan murahan seperti ini,” soalnya.
 Menurutnya, kelemahan pengurusan kerajaan negeri berkenaan khususnya dalam skandal pengurusan tanah, pengurniaan kontrak yang tidak telus seharusnya tidak wajar dijadikan alasan untuk meminda Perlembagaan.
 “Sikap pimpinan DAP ini boleh disifatkan ‘menangguk di air yang keruh’, ketika mana tumpuan rakyat lebih tertumpu kepada usaha menyelamat dan memastikan kebajikan mangsa banjir terurus dengan baik. “Jika dalam keadaan seperti ini pun, DAP mahu bermain politik, nampak benar sifat ‘kemaruk dan serakah kuasa’ mereka melampaui kepentingan rakyat,” katanya. – sumber
Source : pisau.net

No comments: