NUFFNANG

Wednesday 17 December 2014

PERGOLAKAN DALAM PKR SEMAKIN MERUNCING ... Dedah Rahsia Dalaman PKR, CheguBard & SAMM Kena Ugut

Dedah Rahsia Dalaman PKR, CheguBard & SAMM Kena Ugut

AIDCNews – 16/12/14 – Anggota PKR yang digantung keahlian, Badrul Hisham Saharin memberitahu beliau menerima pesanan ringkas (SMS) berbau ugutan hari ini berikutan dengan beberapa pendedahan rahsia dalaman parti baru-baru ini.
Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai CheguBard, Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menjelaskan beberapa episod ugutan dilakukan terhadap dirinya selepas pendedahan yang dilaku oleh beliau.

Menurut CheguBard, bukan sahaja beliau menjadi sasaran ugutan, malah ugutan sama turut dilakukan terhadap aktivis-aktivis SAMM.
Mereka yang menjadi sasaran termasuklah, Faizal Mejik, Penyelaras Segmentasi Antarabangsa SAMM dan Aidil Ibrahim Bgr, Penyelaras SAMM Pulau Pinang.
Seorang lagi aktivis SAMM, Hj Joe pula tidak berpuas hati dengan laporan Malaysiakini yang cuba mengaitkan pendedahan CheguBard dengan SAMM.
Menjawab kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendakwa pendedahan CheguBard disebabkan isu peribadi dengan Mohamad Azmin Ali, CheguBard bertanya kembali soalan yang sama kepada Presiden PKR.
“Soal saya. Kak Wan atau saya yang ada masalah peribadi dengan Azmin…? Hentam Azmin ni, saya atau Anwar yang mula dulu ? Mengadu ini sudah berkilo-kilo, ada tindakan tak ?
“Jangan pukul bawah “belt” sangat nanti berbalas saya tidak ada apa nak hilang…saya macam ni juga…,”kata CheguBard.
Pada 8 Dis lalu, CheguBard mendedahkan lima ADUN Pakatan Rakyat yang menandatangani surat akaun bersumpah menarik sokongan terhadap Wan Azizah.
Chegubard berkata, lima ADUN tersebut, tiga dari PKR dan dua dari DAP, menandatangani akuan bersumpah itu pada pada 11 September, beberapa hari selepas menytakan sokongan terhadap Wan Azizah untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor.
Lima ADUN yang didakwa Chegubard ialah Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas), Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda), Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Ng Sze Han (DAP-Kinrara) dan Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing).
Pendedahan CheguBard itu dikecam oleh AMK pro Mohamad Azmin Ali, Zafril Eusoff.
Zafril menggesa CheguBard keluar dari PKR dan menyertai UMNO daripada terus menjadi duri dalam daging PKR.
“PKR tidak memerlukan parasit seperti beliau,” katanya.
source : aidc

No comments: