NUFFNANG

Wednesday 24 December 2014

PERHATIAN BUAT DAP DAN PKR!! ... Laksana Hudud adalah mandat yang diberikan rakyat kepada PAS - MB Kelantan

PERHATIAN BUAT DAP DAN PKR!! ... Laksana Hudud adalah mandat yang diberikan rakyat kepada PAS - MB Kelantan











Sungguhpun diserang kiri dan kanan oleh sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat, kerajaan PAS Kelantan tidak bercadang untuk undur ke belakang dalam rancangan mereka untuk melaksanakan Hudud.
Malah, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya tidak ragu-ragu untuk mengkaji semula tahaluf siyasi yang diadakan dengan DAP jika sekutu dalam pakatan pembangkang itu masih tidak bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang Islam tersebut.
Beliau berkata, pelaksanaan hukum tersebut tidak boleh dipertikaikan oleh DAP kerana ia adalah mandat yang diberikan oleh rakyat negeri ini melalui pilihan raya umum sejak tahun 1990.
“Sama ada dia (DAP) serang atau tidak, kita terus buat kerja kita (laksanakan hukum hudud) sebab itu tuntutan rakyat. Di Kelantan kita sudah mandapat mandat daripada rakyat sejak tahun 1990 lagi, saya tidak mahu kata apa lagi, saya akan terus jalankan tugas di bawah sistem demokrasi yang diberikan oleh rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) Selasa.
Dalam majlis tersebut, beliau menyampaikan sumbangan sijil tamat pengajian tahfiz kepada 273 pelajar yang menuntut di sekolah-sekolah kendalian YIK.
Utusan melaporkan pada Isnin Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din menegaskan hudud merupakan nyawa kepada PAS yang tidak akan digadaikan walau atas apa alasan sekalipun dan jika DAP mahupun Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng tidak selesa dengan perjuangan Pas itu, Guan Eng boleh mencari ‘ke­selesaan’ lain dengan jalannya tersendiri.
Guan Eng dalam siri ‘serangan’ terbaharunya ke atas Pas menyifatkan, komitmen sekutu DAP itu untuk tetap melaksanakan hudud di Kelantan adalah penghinaan kepada pakatan, selain mendakwa langkah berkenaan bertentangan dengan konsensus pakatan.
Ahmad yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS berkata, kedudukan PAS dalam pakatan pembangkang boleh dikaji semula sekiranya ketegangan berhubung tahaluf siyasi itu masih berterusan.
“Apa-apa perjanjian dan kerjasama boleh dinilai semula apabila keadaan nampak ketegangan supaya kita boleh lihat di mana titik tolak kita untuk tahaluf siyasi,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, ahli Parlimen beragama Islam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) seharusnya menyokong pelaksanaan hukum hudud.
“Sepatutnya ada sikap daripada ahli Parlimen Muslim berada di tempat yang jelas,” katanya.
Sementara itu, tambahnya, sidang Dewan Undangan Negeri khas yang dirancangkan pada 29 Disember ini untuk pindaan enekmen jenayaah syariah negeri ini akan diteruskan biarpun keadaan banjir semakin buruk
Source: agendadaily

No comments: