NUFFNANG

Wednesday 17 December 2014

BETUL KATA CEKGU BARD. AKHIRNYA AZMIN MENGAKU ! ... KALAU U SOKONG, I GANTI ANWAR - KATA AZMIN

BETUL KATA CEKGU BARD. AKHIRNYA AZMIN MENGAKU ! ... KALAU U SOKONG, I GANTI ANWAR - KATA AZMIN

Isu ini sudah pasti akan menjadi perbualan ramai pihak terutamanya di alam maya ini.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini secara berseloroh berkata, beliau bersedia menggantikan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya mendapat sokongan.
Ketika diajukan soalan berhubung kesediaannya, Azmin yang juga timbalan presiden PKR hanya ketawa dan bertanya kembali kepada wartawan.

"You (awak) tak setuju? Kalau you sokong saya, saya OK-lah," katanya ketika diminta mengulas pandangan seorang ahli akademik terkenal semalam.

Penganalisis politik Prof Jayum Jawan semalam berkata Azmin calon yang sesuai menggantikan Anwar. seterusnya
Azmin berseloroh tentang status jawatan boss beliau, Anwar Ibrahim yang juga merupakan ahli parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang?

Ya atau tidak, ia sepatutnya bukan boleh dibuat lawak atau berseloroh. Tambahan pula sebelum ini, Azmin Ali boleh menepis soalan wartawan SorosKiniMalaysiaKini tentang isu perlucutan gelaran 'Datuk Seri' Anwar Ibrahim oleh Sultan Selangor.

Kenapa kali ini beliau memilih untuk 'berseloroh'?

Atau ianya satu isyarat awal bahawa Azmin Ali memang berhasrat untuk memegang jawatan Ketua Umum menggantikan veteran tua, Anwar Ibrahim?

Dan sepatutnya Azmin Ali mempertahankan boss beliau walau pun beliau berseloroh atau buat lawak. Pelik!

Yang hairannya, portal pro-pembangkang SorosKini MalaysiaKini itu tidak pula melaporkan sebab apa Prof Jayum Jawan mengatakan Azmin adalah calon yang sesuai menggantikan Anwar.

Padahal ahli akademik terkenal telah melabelkan Anwar Ibrahim sebagai 'orang tua yang sudah tidak penting dalam suasana politik semasa'. 

Anwar juga dikatakan 'sudah nak pupus' oleh Prof Jayum Jawan.

Anda baca laporan ini : KLIK SINI

Source : dr mim

No comments: