NUFFNANG

Friday 19 December 2014

TH Jawap Tuduhan Fitnah,Tabung Haji Buat Pelaburan Patuh Syariah.

TH Jawap Tuduhan Fitnah,Tabung Haji Buat Pelaburan Patuh Syariah.

Tabung Haji memikul amanah yang amat berat dalam menguruskan segala hal yang berkaitan ibadah haji untuk rakyat Malaysia.
Pisau pernah lihat sendiri cara mereka menguruskan jemaah haji dari mula dengan urusan pendeposit,bimbingan sebelum dan semasa menunaikan haji ,hingga saat urusan kepulangan jemaah sampai ke tanah air.
Kesemua tip top..first class hingga mendapat pengiktrafan dunia..malah negara negara Islam diluar sana banyak yang datang ke Malaysia untuk belajar menguruskan jemaah Haji cara Malaysia.
Sekarang ini heboh di Facebook apabila ada individu mula menyerang Tabung Haji. Pisau masih boleh terima jika mana mana pihak yang berasa was was membuat pertanyaan mengenai pelaburan dam cabang perniagaan kepada pihak Tabung Haji…Itu perkara biasa..
Tetapi individu ini membuat fitnah dan  cuba membangkitkan rasa was was kedalam pemikiran pendeposit Tabung Haji..entah apa niat sebenar hingga Tabung Haji diserang sebegitu rupa hingga mengaitkan Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Azeez Rahim dan Menterinya Datuk Seri Jamil Khir.
image
Raja Mohd Shahrim katanya bangkitkan persoalan ..tetapi jika dilihat kenyataan beliau bukanya persoalan yang dibangkitkan sebaliknya satu tuduhan fitnah berniat jahat.
Entah lah budak ni faham atau tidak English.. jika berdasarkan laporan Australian Business Review.. TH tak beli pun..cuma baru diperingkat cadangan..
Credit Suisse foray leads foreign influx
BEN WILMOTTHE AUSTRALIANAUGUST 08, 2013 12:00AM
FOREIGN investors are targeting office properties along the eastern seaboard, Credit Suisse adding to its portfolio with the purchase of a $58 million Sydney tower and two Malaysian funds looking to buy into Lang Walker’s $1.3 billion Collins Square project in Melbourne.
Credit Suisse picked up Sydney’s 400 Kent Street from two Charter Hall Group-managed funds. The deal, introduced by Rohan Ramsay, Michael Andrews and Josh Cullen of CBRE, will show a yield of about 7.85 per cent.
The purchase, flagged by The Australian, will round out the company’s Australasian portfolio to about seven properties, which includes holdings in Brisbane, Melbourne, Perth and Sydney as well as New Zealand.
International investors were interested in towers with strong weighted average lease terms, Mr Andrews said. “The offshore investors are seeing comparatively high yields in Australia.” He added the cooling of the dollar and the rising spread between property yields and the cost of debt was underpinning interest. More groups are capitalising on these conditions, with Malaysian funds KWAP and Tabung Haji looking to back a play by Singapore’s CIMB Trust Capital Advisors for Walker Corp’s Australian Taxation Office tower at the group’s flagship development in Melbourne’s Docklands.
Despite reports pricing on the deal could show a yield as low as 6.25 per cent – and claims CIMB had secured an exclusive position — a deal is yet to be inked.
Baca The Australian Business Review KLIK SINI
Berikut adalah penafian oleh pihak Tabung Haji yang dipetik dari laman FB rasmi TH.
image
Sejak kebelakangan ini, Tabung Haji (TH) mendapati ada pihak yang tidak jelas dengan aktiviti pelaburan TH.
Setiap pelaburan yang dibuat oleh TH telah melalui proses di mana faktor risiko, kajian daya maju dan pematuhan syariah, selain penilaian terperinci oleh pihak guaman luar yang bertauliah dan mahir dalam pelaburan patuh syariah sebelum ianya dibentangkan untuk kelulusan Panel Pelaburan, Jemaah Lembaga Pengarah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Untuk makluman, TH TIDAK MEMILIKI HOTEL di Melbourne, London, Paris mahupun di Bangsar South. Sehingga kini semua bangunan milik TH di luar negara adalah BANGUNAN PEJABAT dimana penyewa utamanya menjalankan perniagaan yang tidak melanggar syariah.
Semua pihak disarankan untuk menyemak fakta sebelum membuat sebarang kenyataan bagi mengelak tanggapan negatif terhadap TH. Terima kasih
Ternyata Mohd Shahrim berjaya membuktikan dirinya bangang dikhalayak dengan memperagakan ketokohan sebagai kaki fitnah kepada satu badan kerajaan yang beramanah untuk menjaga kepentingan pendeposit yang 100% umat Islam yang bakal menjadi tetamu Allah ..
Apakah yang cuba dibuktikan oleh Mohd Shahrim? Adakah beliau mahu seluruh umat Islam lihat Pengerusi Tabung Haji Ds Azeez Rahim,Menteri Ds Jamil Khir dan seluruh pengurusan TH tidak amanah dan jahil bab halal haram?
Agak agaklah kalau nak fitnah..nampak bodoh sangat lah..
Perniagaan dan pelaburan TH pernah dipersoalkan sebelum ini.Malah pihak TH telah mengambil tindakan menjawap serta merta apabila ada pihak membangkitkan persoalan mengenai pelaburan yang dibuat oleh pihak TH.
Baca penjelasan TH mengenai pelaburan patuh syariah..
PELABURAN TH – Berhubung dengan syarikat yang terkeluar dari senarai patuh syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 29 November 2013 telah meluluskan senarai terbaru sekuriti patuh syariah berdasarkan kaedah penyaringan sekuriti yang telah disemak semula.
Antara kriteria penyaringan yang ketara penukarannya adalah dari segi “Conventional Income, Debt and Cash Deposit Level”. Oleh yang demikian banyak syarikat di Bursa Malaysia yang dahulunya patuh syariah telah terkeluar dari senarai ini.
Namun begitu syarikat-syarikat tersebut juga diberi masa selama 6 bulan (sehingga 31 Mei 2014) untuk memastikan mereka kembali mematuhi syarat patuh syariah terbaharu yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.
Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti juga menyatakan bahawa semua pelabur yang memegang saham-saham syarikat yang terlibat dibenarkan menyimpan dividen atau keuntungan modal hasil dari pelupusan sekuriti tersebut sepanjang tempoh 6 bulan ini dan pendapatan tersebut masih diklasifikasikan sebagai patuh syariah.
Sebagai pemegang saham, TH telah mengambil tindakan yang proaktif melalui perbincangan dengan syarikat-syarikat yang terlibat bagi mengenal pasti prospek syarikat tersebut kembali patuh syariah dalam masa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Ahli-ahli Jabatan Pelaburan, Panel Pelaburan,Panel Shariah dan Lembaga Pengarah TH sentiasa memantau semua aktiviti pelaburan TH bagi memastikan pelaburannya sentiasa patuh syariah.
TH sentiasa mematuhi syarat dan peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dalam membuat pelaburan bagi menjamin pelaburannya sentiasa patuh syariah. TH mempunyai masa enam (6) bulan untuk menyimpan dan menjual saham-saham tersebut sehingga 31 Mei 2014.
Garis panduan ini boleh dirujuk di laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti.
-HAL EHWAL KORPORAT TH-
Kesimpulannya serangan sebegini amat jahat hingga memfitnah secara keseluruhan warga kerja TH..apatah lagi mereka mereka ini pemegang amanah dan menjalankan tugas yang amat mulia di sisi Allah..
Kakitangan TH dan pihak pengurusan tertinggi tidak patut diserang sebegitu rupa ..Pisau doakan agar Tabung Haji terus sukses dan istiqamah dalam memegang amanah yang amat berat dalam menguruskan jemaah haji Malaysia.
Pisau kata “mereka menyantuni Duyufurrahman balasannya amat besar disisi Allah”
source : pisau.net

No comments: