NUFFNANG

Friday 19 December 2014

PAS dan DAP: sandiwara atau betul gaduh?

PAS dan DAP: sandiwara atau betul gaduh?


Mereka bertelagah memberi kenyataan yang kontra di antara mereka. DAP kata:  

Pas didakwa mungkir janji terhadap persetujuan yang dicapai pada 28 September 2012 berkaitan pelaksanaan hukum hudud.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, parti itu perlu merujuk Buku Jingga kerana pelaksanaan hudud tidak terdapat dalam polisi bersama PR.

“Fokus kembali kepada Negara Berkebajikan yang disepakati adalah polisi wajib dalam Buku Jingga PR.

“Negara Berkebajikan turut mementingkan kesejahteraan sejagat di mana ianya juga merupakan antara elemen yang terkandung dalam ajaran Islam,” katanya ketika dihubungi, semalamseterusnya

PAS pula kata : 

Pas Kelantan menyifatkan tindakan DAP menentang hukum hudud disebabkan kurang kefahaman mengenai pelaksanaan undang-undang Islam itu. 
Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Kadir berkata, pendekatan terbaik perlu dilakukan bagi menangani masalah percanggahan pendapat dalam isu tersebut. 
Katanya, parti komponen dalam PR harus menyahut kenyataan DAP itu sebagai terjemahan bahawa mereka masih tidak memahami hukuman itu bagi orang Islam. 
"Kita perlu melipatgandakan usaha untuk memberi penjelasan dan caranya kena lebih berkesan kepada DAP, dan masyarakat bukan Islam khususnya.seterusnya
'Kita perlu melipatgandakan isaha untuk memberi penjelasan kepada DAP'?

Kepada siapa yang PAS mahu berbohong?

Nik Abduh anak Nik Aziz sendiri telah berkata bahawa Pas sudah bawa isu hudud sejak lebih 20 tahun lalu. Tetapi DAP masih kekal menolak Hudud parti PAS.



Dan sampai bilakah PAS dan DAP mahu membohongi rakyat sama ada umat Islam dan kaum Cina? 

Baca sepenuhnya di MIM SINI

 

No comments: