NUFFNANG

Thursday 18 December 2014

TAHNIAH KEPADA RAKYAT SELANGOR ... Tahniah Penduduk Kuala Langat Kerana Menjadi Hub Babi Moden Terbesar Di Malaysia

Tahniah Penduduk Kuala Langat Kerana Menjadi Hub Babi Moden Terbesar Di Malaysia


Di zaman TS Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar, beliau telah menghentikan projek penternakan babi secara moden yang dikatakan yang terbesar di Malaysia. TS Khalid Ibrahim masih lagi menjaga sensitiviti Masyarakat Islam di Selangor.

Nampak gayanya selepas YAB Azmin Ali mengambilalih jawatan Menteri Besar, projek penternakan babi secara moden dan besar-besaran ini akan diteruskan. Beliau mungkin lebih menjaga sensitiviti Masyarakat Cina DAP di Selangor yang memberi sokongan padu kepada kepimpinannya. Elizabeth Wong pasti tersenyum riang. Teressa Kok pasti membuat kenduri kesyukuran bersama Tony Pua dan lain-lain Wakil Rakyat PR di Selangor. 

Selepas Umat Islam terpaksa mengalah dalam kes Bible yang mempunyai kalimah Allah, selepas Selangor disajikan dengan pesta beer besar-besaran, kini pengundi-pengundi di Kuala Selangor dihadiahkan dengan pusat penternakan babi. Tahniahlah. Macai PR, tak payah komenlah. Anda pasti sedang bergembira.

No comments: