NUFFNANG

Friday, 26 December 2014

BANJIR BESAR: PENCACAI MESTI TAK SUKA LIHAT GAMBAR-GAMBAR NIE...

BANJIR BESAR: PENCACAI MESTI TAK SUKA LIHAT GAMBAR-GAMBAR NIE...


Apabila berlaku bencana dan musibah, maka ada segelintir orang suka mengambil kesempatan di atas kesulitan dan kesusahan orang lain.

Nak kata membantu tak pula sebaliknya suka mencari kesalahan orang lain. 

Almaklumlah hidup sebagai pencacai hanya memerlukan kebodohan aras tinggi. 

Lagi ramai rakyat yang terpengaruh dengan dakyah songsang mereka maka lebih tinggilah darjat seorang macai dan pencacai di hati pemimpin mereka.


Bantuan keperluan dari udara turut dikoordinasi sebaik mungkin oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat. Adakah ini tanda kerajaan tak prihatin terhadap permasalah rakyat seperti mana yang difitnahkan oleh pencacai pakatan pembangkang?
Semua pihak terlibat membantu menyantuni mangsa-mangsa banjir.. Apakah jasa mereka mahu diperlekehkan oleh kita yang hanya mendengar fitnah pembohongan tukang-tukang fitnah semata-mata?
Yang ni hanya sekadar tengok dan menanti bantuan tiba ...tapi golongan seperti ini juga yang menjadi juara menabur fitnah dan memperleceh setiap apa yang mereka dilihat...

Ya rakyat perlu dibodohkan dengan informasi-informasi tahap sampah dalam longkang bagi mencetuskan gelombang ketidakpercayaan rakyat kepada pemimpin dan pentadbiran kerajaan.

Kononnya hanya pemimpin mereka bertaraf maksum dan tahu serta boleh selesaikan segala-galanya. Itu pun jika diberi mandat pemerintahan. 

Dalam waktu kesukaran ini kita sepatutnya bersatu hati mencari penyelesaian masalah. Bukan menunding jari kononnya kerajaan lemah menangani masalah.

Koordinasi yang baik antara kerajaan Negeri dan Pusat. Perbezaan politik diketepikan demi keselamatan ummah. Apa pula yang dilakukan oleh puak pencacai? Duduk dan perlekeh sajakah?
Di Kelantan sendiri walaupun berlainan parti tetapi atas dasar menangani permasalahan ummah maka pemimpin tertinggi PAS iaitu YB Menteri Besar dan Exco Kelantan boleh duduk bersama-sama dengan YAB TPM dan agensi-agensi kerajaan Pusat.

Ertinya masalah rakyat adalah keutamaan.

Tapi macai-macai siber pakatan pembangkang tetap memperlekeh usaha kerajaan tersebut. 

Semuanya takut jika UMNO dan PAS bersatu maka hudud akan terlaksana dan habislah riwayat golongan sekular-liberal rasis yang ingin menguasai negara ini dengan pepecahan Melayu.


So, kita tak perlu gusar kerana satu keburukan mereka lemparkan kepada pihak kerajaan BN, agensi penyelamat atau sesiapa saja yang bertungkus lumus menyantuni mangsa banjir, maka 1000 keburukan mereka akan didedahkan.

Insya Allah, Tuhan akan memberikan kemenangan kepada pihak yang benar.

Hanya mereka yang dikurniakan kebijaksanaan akan menilai siapa yang buat kerja dan siapa yang hanya membebel dan meroyan tetapi apa jasa pun tak dak.     

DS Shabery Cheek bersama mangsa-mangsa banjir di Kemaman
DS Azeez Abdul Rahim walaupun asal Baling, Kedah tetap turun ke Kelantan menyantuni mangsa banjir
DS Shahidan Kassim yang turut bersama mangsa-mangsa banjir merasai sendiri pahit getir rakyat agar 

Source : mymassa

No comments: