NUFFNANG

Wednesday 24 December 2014

JOM KENALI SIAPA ITU ... Liberal 25, Pulau Batu Puteh dan Kedaulatan Negara

JOM KENALI SIAPA ITU ... Liberal 25, Pulau Batu Puteh dan Kedaulatan Negara

Kali terakhir negara memberi tanggungjawab serius kepada sebahagian mereka yang menjadi penggerak utama kumpulan Liberal 25, kita kehilangan wilayah laut, pengecilan sempadan maritim dan kedaulatan wilayah negara kepada negara Singapura.

Salah seorang tokoh daripada kumpulan Liberal 25 Tolak Satu Tambah Satu yang menandatangani surat terbuka tersebut, pernah dilantik menjadi Co-Agent kepada pasukan tuntutan Malaysia ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Co-Agentnya, Dato’ Farida Ariffin 1. Mereka telah diberikan tanggungjawab untuk menyediakan pasukan peguam untuk ke ICJ. Beberapa orang telah dilantik untuk memastikan Pulau Batu Puteh kekal sebagai Pulau yang merupakan sebahagian daripada wilayah Malaysia.

Kes tersebut telah dibawa ke ICJ dan keputusan telah diputuskan bahawa Pulau Batu Puteh atau dirujuk juga  sebagai Pedra Branca adalah menjadi milik Singapura.

Kes ini meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada emosi rakyat Malaysia, maruah negara dan Kesultanan Johor terutamanya. Ia sehinggakan Almarhum Sultan Johor dan DYMM Sultan Johor  2 kini menegaskan supaya segala usaha dibuat bagi memastikan Pulau Batu Puteh kembali diiktiraf sebagai sebahagian daripada wilayah kedaulatan Johor dan Malaysia.

Kes kehilangan kedaulatan Pulau Batu Puteh di ICJ tidak berakhir dengan begitu sahaja. Malaysiakini, sebuah portal yang pernah mendapat bantuan dana daripada National Endowment For Democracy (NED), pernah menggemparkan negara dengan membuat laporan berita bahawa pasukan yang dianggotai dan dibentuk oleh tokoh di dalam kumpulan Liberal 25 tersebut, merupakan punca yang menyebabkan negara kita kehilangan kedaulatan wilayah 3.



The Malaysian Insider juga ada melaporkan bahawa Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim, telah membuat sebuah akuan bersumpah bahawa terdapat elemen wang bertukar tangan berlaku sehingga menyebabkan berlakunya penyerahan bahan bukti yang berupa gambar yang dipertikaikan keasliannya oleh ICJ 4.



Isu tersebut mengundang reaksi berbalas tuduhan serta jawapan antara yang menuduh dan kumpulan Dato’ Farida Ariffin yang sedaya upaya membersihkan kumpulannya daripada tuduhan rasuah dan tidak cekap 5.

Malah isu ini menjadi semakin panas apabila Malaysiakini yang pernah dibiayai dana dari Amerika Syarikat, negara yang turut membiayai kewujudan Taliban di Afghanistan membuat liputan yang kerap bersama tajuk-tajuk berita yang panas untuk menggambarkan betapa tidak cekapnya pengurusan kumpulan yang ditubuhkan secara bersama oleh Dato’ Farida Ariffin, jurucakap Liberal 25 kini. The Malaysian Insider tidak terkecuali menjual cerita ini secara kerap dengan gaya pemberitaan yang sama.

Jika dahulu Malaysiakini, TMI dan segala yang bernafsu pembangkang menuduh kumpulan Dato’ Farida di ICJ sebagai mengkhianati negara dengan kekalahan yang tidak sepatutnya berlaku di dalam kes Batu Puteh di ICJ, pada hari ini, kita melihat tahap hipokrasi agung ke semua mereka dengan kini berpeluk di bawah satu selimut dengan mengangkat kumpulan Liberal 25 yang sedang dijuarai Dato’ Farida sebagai Harapan Baru Untuk Malaysia pula.

Bayangkan, jika dahulu kepercayaan yang diberikan kepada salah seorang daripada Liberal 25 menyebabkan kita kehilangan wilayah kedaulatan negara, apakah kini kita mahu terus secara bodoh memperjudikan kedaulatan yang sama dengan memberikan harapan kepada pihak yang sama hanya kerana mereka kini memakai kosmetik golongan moderate pula?

Perlukah pisang sampai berbuah dua kali dan baharu kita semua mahu sedar?

Melihat track record ini, jelas The Star memang sedang memperjuangkan golongan Moderate Kelabu Asap sebagai Harapan baru untuk Malaysia.





Rujukan :


source : bangkit

No comments: