NUFFNANG

Friday, 19 December 2014

LGE BIJAK MENGGUNAKAN MELAYU-ISLAM LAWAN SESAMA SENDIRI! ... LIM GUAN ENG 'SEMBUNYI' BELAKANG WANITA MELAYU DAP BILA DICABAR DEBAT DENGAN PAS?

LGE BIJAK MENGGUNAKAN MELAYU-ISLAM LAWAN SESAMA SENDIRI! ... LIM GUAN ENG 'SEMBUNYI' BELAKANG WANITA MELAYU DAP BILA DICABAR DEBAT DENGAN PAS?

Sebelum ini, seorang ahli majlis Syura Ulama PAS Zaharudin Muhammad telah mencabar Lim Guan Eng berdialog dengannya tentang isu hudud. 


Pertelagahan ini merujuk kenyataan yang dibuat setiausaha agung DAP itu  yang meminta Pakatan Pembangkang memberi jaminan hudud tidak akan dilaksanakan sekiranya ia mengambil alih pemerintahan negara.
Zaharudin yang juga menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dialog itu bagi memberi peluang kepada Lim menerangkan kenapa beliau menolak hudud dan kepada PAS menjelaskan keadilan sistem Islam kepada rakyat. seterusnya
Anda mahu tahu macam mana caranya Lim Guan Eng DAP 'bertaichi' tentang cabaran itu?

Seorang ahli Melayu DAPSY hingusan yang menjawab cabaran itu. Dan cabaran dijawab dengan satu lagi cabaran yang bukan mengenai isu hudud!
Susulan cabaran pemimpin PAS Zaharudin Muhammad terhadap Lim Guan Eng supaya berdialog dengannya berhubung isu hudud, seorang pimpinan wanita DAP peringkat belia DAP hari ini mengajak ahli Majlis Syura Ulama itu berdebat pula dengannya. 
Setiausaha DAPSY Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid berkata, beliau sedia berbincang dengan PAS mengenai sebab kenapa membanteras rasuah lebih penting berbanding memaksa pelaksanaan hudud di Malaysia. seterusnya
Sebagai seorang berjawatan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sepatutnya berasa sangat malu dan hina apabila seorang ahli Melayu DAPSY yang menjawab cabaran parti PAS itu.

Beliau sepatutnya tampil ke hadapan dan menyahut cabaran yang dinyatakan oleh rakan politik beliau bukannya 'bersembunyi' di belakang ahli DAPSY ini? Sudahkah? 

Dan apakah modus operandi'bersembunyi di belakang' ahli DAPSY ini akan menyebabkan rakyat akan hormat dengan anak Lim Kit Siang DAP itu?

Dan apakah dengan mengenengahkan ahli DAPSY ini, PAS tidak lagi mensasarkan Setiausaha Agung DAP itu sebaliknya ahli DAPSY ini?  

Beliau yang mencetus polemik politik ini, maka beliaulah yang sepatutnya di depan mempertahankan sendiri kenyataan beliau itu.

Gentleman lah sikit ……. wahai Lim Guan Eng DAP.

Source : dr mim

No comments: