NUFFNANG

Tuesday 16 December 2014

PANAS BERAPI! AKHIRNYA 1MDB SUDAH MENJAWAB SEMUA PERTUDUHAN! WAJIB BACA DAN SEBARKAN!

PANAS BERAPI! AKHIRNYA 1MDB SUDAH MENJAWAB SEMUA PERTUDUHAN! WAJIB BACA DAN SEBARKAN!

Penjelasan Isu 1MDB

Sejak minggu lepas, terdapat banyak spekulasi mengenai pelbagai elemen
dalam perniagaan 1MDB. Walaupun kebanyakan isu-isu yang dibangkitkan
adalah perkara-perkara yang diulang dan telah pun dijawab oleh syarikat pada
masa lalu, kami memandang serius tuduhan yang dilemparkan.  Oleh itu, kami
ingin mengambil peluang ini untuk memberi respon terhadap tuduhan-tuduhan yang
tidak berasas ini, dengan niat untuk memberi penjelasan dari perspektif kami, dan
memberi peluang para pembaca membuat rumusan tersendiri terhadap 1MDB
dengan maklumat yang kami sampaikan.
Terbitan Bon / Hutang
Kebimbangan telah ditimbulkan terhadap kadar faedah 5.75% yang dikenakan
kepada bon Islamik RM5.0 billion yang diterbitkan oleh 1MDB pada 2009, dengan tanggapan bahawa ini adalah sebuah bon dengan kadar faedah yang tinggi. Sebagai perbandingan, dinyatakan bahawa sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan, Petronas,
telah membayar kadar faedah sebanyak 3.60% untuk bon pada masa yang sama.       
Ini adalah perbandingan yang tidak adil dan tidak mengambil kira beberapa
faktor-faktor penting.
Apabila membeli sesuatu bon, pemberi pinjaman akan mengambil risiko pada kadar tertentu. Lebih lama tempoh pegangan, lebih tinggi risiko untuk pemegang bon.
Oleh itu, bon-bon yang mempunyai tempoh matang yang lebih panjang biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.
Sepanjang pengetahuan kami, satu-satunya bon berkaitan Petronas yang dikeluarkan
pada 2009 yang membawa kadar kupon 3.6% adalah untuk bon RM100 juta dengan tempoh pegangan hanya selama tiga tahun. 
Dengan tempoh matang yang sangat jauh berbeza, tidaklah mengejutkan jika bon
yang diterbitkan 1MDB mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.    
Secara umumnya, adalah penting untuk dinyatakan bahawa bon yang dikeluarkan oleh1MDB pada 2009 merupakan bon pertama Malaysia dengan tempoh pegangan
selama 30 tahun, dan juga merupakan bon Islamik pertama yang dikeluarkan dengan tempoh matang sepanjang itu. 
Dengan keadaan ekonomi pada masa itu, hakikat bahawa 1MDB berjaya menjana
jumlah dana sebesar ini mencerminkan sokongan, nama baik dan keyakinan yang diletakkan terhadap syarikat.
Kami juga memandang serius spekulasi tidak berasas bahawa sebahagian daripada
kadar faedah ini telah dibayar kepada ‘orang tengah’ sebagai sejenis bayaran manfaat.
 Ini adalah tuduhan yang serius.  Kami ingin menjelaskan secara tegas bahawa
keseluruhan 5.75% kadar faedah tahunan tersebut adalah dibayar kepada para
pemegang bon, yang antaranya terdiri daripada institusi-institusi terulung di Malaysia,
dua kali setahun mengikut jadual pembayaran. Untuk mengatakan sebaliknya atau menyindir bahawa sebahagian jumlah dibayar kepada ‘orang tengah’ adalah secara faktanya tidak benar.          
Selanjutnya, kebimbangan juga telah ditimbulkan mengenai komisen dan fi yang
ditanggung oleh1MDB untuk terbitan dua hutang tambahan pada tahun 2012 dan
2013, masing-masing untuk US$1.75 billion dan US$3.0 billion. 
Kedua-dua bon ini telah dikeluarkan pada kadar diskaun yang biasa bagi tawaran-
tawaran bon. Sebarang perbezaan di antara nilai tara (par value) dan perolehan
bersih sebuah bon tidak hanya meliputi bayaran dan perbelanjaan lain, tetapi juga
hasil efektifnya (effective yield) yang turut mengambil kira diskaun dan baki tempoh pegangan bon.     
Kami ingin menjelaskan bahawa sejumlah besar perbezaan di antara nilai tara
(par value) bon tersebut dan perolehan bersih adalah berkaitan dengan bon
dikeluarkan pada kadar diskaun. Keputusan ini diambil untuk memastikan kejayaan menyempurnakan pengumpulan dana berpandukan faktor dalaman dan luaran pasaran, kepantasan untuk melaksanakan tawaran dan skala penajajaminan (underwriting). 
Kedua-dua terbitan hutang dijamin penuh oleh Goldman Sachs, sebuah bank
pelaburan terkemuka antarabangsa. Ianya merupakan salah satu daripada sejumlah
kecil bank yang mempunyai kemampuan untuk menjamin terbitan hutang sebesar ini.
Bon-bon yang dikeluarkan pada kadar diskaun kepada nilai taranya (par value)
memastikan kejayaan terbitan hutang kami tepat pada masanya, dalam keadaan 
ekonomi global yang masih tidak stabil ketika itu.   
Berkaitan transaksi yang dinyatakan di atas, kami memandang serius sindiran
bahawa Goldman Sachs mungkin telah membuat bayaran kepada pihak ketiga, satu tuduhan yang kami nafikan dengan tegas. Goldman Sachs telah menyatakan secara terbuka: “Selain daripada firma perundangan dan perakaunan yang menyediakan 
khidmat professional, tiada fi atau komisen dibayar oleh 1MDB atau Goldman Sachs kepada pihak luar ketiga berkaitan dengan transaksi-transaksi ini, dan kami tidak 
pernah diarahkan oleh 1MDB atau sesiapa pun untuk membuat sebarang bayaran 
atau komisen”.            
Kadar Hutang
Seperti mana-mana syarikat besar, 1MDB telah menjana modal melalui pasaran
 hutang antarabangsa untuk membiayai projek-projek tertentu, pada skala yang
memerlukan kami untuk berbuat demikian. Kesemua hutang kami adalah disokong
oleh aset yang kukuh, dan jumlah keseluruhan aset kami (RM44.67 billion pada tahun kewangan berakhir Mac 2013) dengan selesa melangkaui jumlah keseluruhan hutang
kami (RM37 billion dalam tempoh yang sama).
Adalah penting juga untuk dinyatakan bahawa kami tidak pernah terlepas membuat pembayaran mengikut jadual, dan kami juga tidak berniat untuk berbuat demikian. Kebolehan kami yang konsisten dalam meraih dana di pasaran antarabangsa dan
daripada pelabur yang berkualiti, mencerminkan keyakinan mereka terhadap kami. Penyenaraian aset tenaga kami adalah satu daripada siri usaha yang kami rancang
bagi mengurangkan hutang kami.  
Selain itu, kami sedang memajukan perniagaan hartanah kami dengan projek-projek
seperti TRX dan Bandar Malaysia. Sejak tahun lepas, kami telah memeterai
beberapa perjanjian dengan syarikat-syarikat terkemuka dan institusi-institusi dari
seluruh dunia seperti Lend Lease, sebuah kumpulan hartanah dan infrastruktur antarabangsa. Semua ini akan membawa kepada aliran masuk dana ke Malaysia.     
Kami berterusan meningkatkan nilai aset hartanah kami bagi membolehkan kami
mendapat perolehan yang boleh digunakan untuk memacu pertumbuhan masa depan
serta mengurangkan kadar hutang kami.
Terlebih Bayar untuk Aset
Selain dakwaan-dakwaan berkenaan terbitan hutang 1MDB, tuduhan-tuduhan
mengenai jumlah yang dibayar 1MDB untuk aset-aset tenaga dan hartanah juga
telah ditimbulkan semula sekali lagi.
Seperti mana-mana syarikat lain, kami hanya memperoleh aset apabila kami yakin
bahawa ia akan memberikan nilai yang tinggi kepada perniagaan kami. Sejajar
dengan sasaran strategik Kerajaan untuk menjamin bekalan tenaga Malaysia, kami
telah membeli beberapa aset tenaga sejak 2012. Pembelian ini telah membolehkan
kami untuk mempelbagaikan campuran bahan api dan risiko negara kami, selain
mendapat manfaat daripada aliran tunai yang sihat serta kepakaran pihak pengurusan
yang unggul.   
Dakwaan-dakwaan berkaitan jumlah yang kami bayar untuk aset-aset tenaga kami
berkisar tentang nilai yang dikaitkan kepada aset-aset berkenaan pada masa ianya
dibeli dan berdasarkan kepada andaian tertentu yang dibuat oleh pihak luar. Walau bagaimanapun, kami memandang jauh dan mengambil kira sinergi yang lebih meluas
untuk kumpulan, di samping impak sosial dan ekonomi kepada negara, ketika
membuat penilaian terhadap aset-aset tersebut serta ramalan pulangan ekonomi.
Oleh itu, kami percaya bahawa nilai yang kami bayar bagi aset-aset ini – yang
mungkin melibatkan pembayaran yang premium, adalah perkara biasa apabila
membeli perniagaan lain – sepadan dengan potensi semasa dan masa depan
aset-aset tersebut.    
1MDB juga telah menerima dakwaan bahawa ia telah membayar lebih untuk
beberapa keping tanah di Pulau Pinang.  Tanah yang dipersoalkan terletak di
pusat bandar Air Itam, sebuah kawasan yang mendapat permintaan tinggi di mana
harga hartanah telah menampakkan kenaikan yang tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Saiz tanah yang dibeli membenarkan kami untuk membina hampir 10,000 rumah
mampu milik, dan kami berniat untuk menggunakan beberapa keping tanah yang
tinggal – yang bersaiz besar – untuk tujuan pembangunan lain yang kami harapkan
bakal menjana nilai yang tinggi. Oleh itu, kami yakin dapat menambah nilai 
keseluruhan tanah tersebut, dan percaya harga yang kami bayar adalah berbaloi.
Ini dicerminkan dalam harga yang telah dibayar pemaju lain untuk membeli tanah
di kawasan sekitar di mana pada harga RM200 sekaki persegi, adalah agak tinggi berbanding apa yang kami bayar. Salah satu contoh, pada tahun 2013, lebih kurang
9.8 hektar tanah di Air Itam telah dibeli pada harga RM267.4 juta, kira-kira RM251
sekaki persegi, untuk pembangunan kegunaan bercampur. 
Layanan Istimewa untuk Tender Projek Janakuasa
Kedudukan kami sebagai pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia,
rekod prestasi yang baik dalam sektor, serta pihak pengurusan berpengalaman
bermakna kami adalah pemain kompetitif di dalam sebarang proses bidaan tender.
Pada awal tahun ini, konsortium bersama yang dianggotai oleh 1MDB dan Mitsui
& Co telah mengambil bahagian dalam proses bidaan tender terbuka dan
kompetitif untuk sebuah loji janakuasa arang batu berkapasiti 2,000MW yang dikenali sebagai Projek 3B. Setelah membuat pertimbangan sewajarnya terhadap pelbagai
bidaan lain, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan bahawa konsortium kami telah
dipilih sebagai pembida pilihan.      
Kemudian, ada yang mengatakan 1MDB menerima layanan istimewa, dan bidaan
bersama kami adalah tidak sebaik bidaan yang dihantar oleh pembida-pembida lain
dalam proses tersebut. Sebarang penganugerahan adalah berdasarkan beberapa pertimbangan untuk memastikan bekalan tenaga yang terjamin dan menjimatkan
kepada pengguna, sebagai contoh: standard teknikal bidaan tersebut, rekod
 prestasi syarikat, harga tawaran, keperluan untuk melaksanakan projek dengan
segera dan jaminan tenaga serta kos keseluruhan sistem bidaan tersebut.          
Seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Tenaga dalam kenyataannya,
Konsortium 1MDB-Mitsui telah memenangi proses bidaan “secara adil dan saksama
dengan teknologi yang terbukti yang bakal meningkatkan jaminan bekalan tenaga
seperti yang dijangkakan daripada stesen janakuasa arang batu berkapasiti 2000MW
yang beroperasi di dalam sistem grid sebesar kita”.     
Ia juga penting untuk dinyatakan bahawa 1MDB tidak berjaya dalam proses bidaan
tender lain yang kami sertai, seperti loji gas Prai dan loji arang batu berkapasiti
1000MW. Kedua-dua projek ini dimenangi TNB, yang pada pandangan pihak
berkuasa telah menawarkan pakej yang lebih baik, walaupun 1MDB menawarkan
harga bidaan terendah untuk proses tender Prai.   
Ia akan membantu memperbaiki pulangan ekuiti penaja projek, disebabkan oleh
kesan nilai masa (time value) terhadap wang, kerana bayaran dibuat dahulu dan
bukannya daripada aliran wang tunai operasi projek tersebut. Jumlahnya
dibincangkan dan tertakluk kepada kelulusan pemberi pinjaman.   

1MDB ingin menyatakan bahawa consortium kami membayar kurang daripada
 RM8 juta untuk menyediakan dan menghantar bidaan kami untuk Projek 3B.
Ini adalah kira-kira separuh daripada jumlah yang dibelanjakan oleh pembida lain
pada peringkat ini menurut dakwaan sebuah akhbar bisnes harian.
Sepanjang pengetahuan kami, tiada pembida lain yang tampil ke hadapan untuk mendedahkan maklumat ini kerana ianya adalah maklumat perniagaan yang sulit.
Kami mendedahkan perkara ini kerana kami ingin menghentikan sindiran yang tidak
berasas ini.      
1MDB tidak membelanjakan US$100 juta untuk mendapatkan Projek 3B.
Sebaik sahaja mendapat projek tersebut, Konsortium 1MDB-Mitsui bergerak ke
peringkat pembangunan seterusnya untuk membolehkan stesen janakuasa tersebut beroperasi, dijangkakan pada tahun 2018. Majoriti kos pembangunan adalah
dibelanjakan dalam tempoh pembangunan ini. 
Kos pembangunan atau fi pembangunan adalah apa yang dibayar kepada penaja
projek untuk kerja pembangunan yang dilakukan oleh penaja projek untuk
merealisasikan projek tersebut, daripada proses bidaan sehinggalah kepada
operasi stesen janakuasa.  Ianya bukan merupakan kos  pembayaran balik.
Untuk pembiayaan projek industri tenaga, kos pembangunan biasanya terletak
di antara 5% hingga 8%. Kos pembangunan kami – termasuk sebarang fi
pembangunan yang ditanggung oleh kedua-dua rakan kongsi projek, 1MDB dan
Mitsui – adalah 5.5% daripada kos projek, suatu kadar yang rendah. 
1MDB yakin dengan cara pembiayaan projek antarabangsa kami yang dijalankan 
dengan kerjasama erat rakan kongsi antarabangsa kami Mitsui,  salah satu syarikat perdagangan am terbesar di Jepun. Pembiayaan projek sebegini di mana ekuiti 
disuntik kemudian (back-ended), merupakan yang pertama di Malaysia tetapi adalah
 amalan biasa untuk projek-projek antarabangsa yang besar.    
Ia akan membantu memperbaiki pulangan ekuiti penaja projek, disebabkan oleh
kesan nilai masa (time value) terhadap wang, kerana bayaran dibuat dahulu dan
bukannya daripada aliran wang tunai operasi projek tersebut. Jumlahnya dibincangkan
dan tertakluk kepada kelulusan pemberi pinjaman.   
Selanjutnya, sebarang tuduhan bahawa pemegang bon 3B kami akan menanggung
risiko tersembunyi adalah sama sekali tidak benar dan tidak bertanggungjawab. Bon
kami didatangkan dengan jaminan bank yang memastikan komitmen promoter
dalam suntikan ekuiti. Keselamatan aliran wang tunai dan pulangan kepada
pemegang bon adalah terjamin

Parpukari: Inilah penjelasan panjang lebar dari 1MDB. Kalau masih tak berpuashati
lagi aku tak tau nak cakap apa dah.

source : pk

No comments: