NUFFNANG

Thursday 18 December 2014

Percaturan politik Pakatan... PAS vs DAP + PKR

Percaturan politik Pakatan... PAS vs DAP + PKR

Dalam percaturan politik Pakatan...nampaknya PAS yang dasar perjuangannya hendak menegakkan Islam, kini terpaksa bertempur secara berdepan dengan dua lagi sekutu iaitu DAP dan PKR.
Peranan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi orang tengah antara PAS dan DAP nampaknya sudah jadi lain.
Anwar kini lebih banyak memihak pada DAP... termasuk dalam isu terbaru berkaitan pebentangan rang undang-undang syariah Islam (Hudud) di DUN Kelantan pada 29 Disember ini.
Jelas Anwar lebih memihak kepada DAP mendakwa Kelantan tidak mempunyai bidang kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam di negeri itu.
Bagaimanapun Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh Dr Nik Mazian Nik Mohamad dilaporkan media kesal dengan komen Anwar yang menunjukkan seolah-oleh beliau tidak mengetahui apa-apa tentang undang-undang Islam itu.

"Ada bidang kuasa, kenapa pula kata tiada bidang kuasa? Jika PAS berjaya ke Parlimen kemudian tiada masalahlah.

"Sekarang ini ia bergantung pada Parlimen, kalau Parlimen beri kita majoriti mudah untuk dilaksanakan maka Kelantan boleh laksanakanlah," katanya
Perang dingin antara PAS dan sekutunya juga memuncak di 'front berlainan' apabila pemimpin utama bertelagah isu pelaksanaan hukum hudud.
Bagi Ahli Parlimen PAS Pasir MAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz membidas kenyataan Ahli Majlis Pimpinan PKR, Latheefa Koya kononnya PAS bersubahat dengan BN menutup isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Nik Mohamad Abduh menerusi catatan bertajuk “Jawapan Buat Seorang Peguam Wanita” dalam akaun 
Facebook
 miliknya secara sinis mempersoalkan, apakah benar PASbersubahat dengan BN bagi menutup isu 1MDB sedangkan parti itu sudah memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud sejak lebih 20 tahun lalu.

“Agenda hudud PAS sudah bawa sejak lebih 20 tahun. Macam mana ia boleh dihentikan semata-mata kerana isu 1MDB?’’ katanya.
Menurut Nik Mohamad Abduh, agenda PAS bukan sahaja melibatkan isu ekonomi malahan merangkumi pembinaan Malaysia secara menyeluruh termasuk pelaksanaan hudud.
“PAS juga memperjuangkan aspek pembinaan semula orang bersalah melalui hukuman mendidik yang ada di dalam hukum hudud. Buktikan bahawa aspek hukuman terhadap pesalah di dalam negara hari ini bukanlah isu besar yang boleh ditangguhkan?’’ ujar beliau.
Beliau seterusnya berkata, isu royalti minyak Kelantan yang tertangguh sejak sekian lama tidak pernah mengganggu pelaksanaan hudud di negeri itu dan mengapakah isu 1MDB pula dijadikan alasan untuk menyekat usaha pelaksanaan hukuman jenayah syariah.
Jika isu 1MDB berjaya menyekat PAS daripada memperjuangkan hak agama, dakwa beliau, maka Pas sebenarnya telah masuk perangkap sekularisme sama ada oleh BN, DAP dan PKR serentak.
source : agenda daily

No comments: