NUFFNANG

Friday 12 December 2014

PANASSS!! AHLI PKR MOHON...Wan Azizah Diminta Tidak Tutup Kebenaran…

PANASS!! AHLI PKR MOHON...Wan Azizah Diminta Tidak Tutup Kebenaran…

AIDCNews – 12/12/14 – Penulis sosial-politik, Mohd Zaid Mohd Yusof meminta Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menutup sesuatu kebenaran yang sememangnya berlaku.
Pandangan sama turut dikongsi bersama oleh Badrul Hisham Saharin yang lebih dikenali sebagai CheguBard dalam facebooknya semalam.
Ia merujuk kepada kenyataan Wan Azizah di Kinitv yang bertajuk “Dakwaan Chegubard tidak jadi isu, ia lebih kepada peribadi.”
Dalam rakaman itu kelihatan Wan Azizah agak teragak-agak untuk mengulas ‘serangan’ terbaharu Chegubard berkaitan dengan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berpaling tadah menyokong beliau daripada dicalonkan menjadi Menteri Besar Selangor.
“….Setakat sekarang ADUN DAP menafikan…. kita Parti Keadilan menyokong langkah-langkah yang telah dibuat oleh menteri besar yang baharu.
” Tidak menjadi isu. Ini adalah lebih kepada…mungkin peribadi..tetapi yang lain itu, parti dah buat keputusan..dan kita setuju dengan langkah-langkah yang dibuat oleh menteri besar baharu, bawah pentadbiran baharu setakat ini,” kenyataan Wan Azizah dipetik.
Pada 8 Dis lalu, CheguBard mendedahkan lima ADUN Pakatan Rakyat yang menandatangani surat akaun bersumpah menarik sokongan terhadap Wan Azizah.
Chegubard berkata, lima ADUN tersebut, tiga dari PKR dan dua dari DAP, menandatangani akuan bersumpah itu pada pada 11 September, beberapa hari selepas menytakan sokongan terhadap Wan Azizah untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor.
Lima ADUN yang didakwa Chegubard ialah Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas), Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda), Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Ng Sze Han (DAP-Kinrara) dan Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing).
Pendedahan CheguBard itu dikecam oleh AMK pro Mohamad Azmin Ali, Zafril Eusoff.
Zafril menggesa CheguBard keluar dari PKR dan menyertai UMNO daripada terus menjadi duri dalam daging PKR.
“PKR tidak memerlukan parasit seperti beliau,” katanya.

Source : aidc

No comments: