NUFFNANG

Tuesday 2 December 2014

PANASS!!! PAS MASIH TIDAK SEDAR? UMAT MELAYU-ISLAM PERHATIKANLAH PERMAINAN DAP UNTUK MENGUASAI KUASA POLITIK DI MALAYSIA INI !! ... Pakatan PKR-DAP Rampas Kerusi PAS Selangor

PANASS !!! PAS MASIH TIDAK SEDAR? UMAT MELAYU-ISLAM PERHATIKANLAH PERMAINAN DAP UNTUK MENGUASAI KUASA POLITIK DI MALAYSIA INI !! ... Pakatan PKR-DAP Rampas Kerusi PAS Selangor

AIDCNews – 1/12/14 – Facebooker Kamarul Yusoff terkejut selepas mendengar rakaman ucapan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, di Konvensyen Tahunan DAP Negeri Selangor 2014 di Petaling Jaya semalam, 30 November 2014.
Kata-kata Tony adalah seperti berikut :
“Dalam perkara ini persetujuan telah pun dicapai antara pimpinan tertinggi PKR dan DAP bahawa seorang lagi Ahli EXCO akan diberikan kepada DAP. Atas sebab-sebab yang tertentu, kami menerima bahawa Ahli EXCO tambahan itu terpaksa dialihkan kepada PKR.
““Oleh sebab itu, kami telah menuntut supaya jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor diagihkan kepada DAP. PKR dengan 13 orang ADUN telah menempati 4 Ahli EXCO dan 1 Menteri Besar. DAP yang mempunyai 15 ADUN hanya menduduki 3 jawatan EXCO dan 1 Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Kami di DAP jelas berasa tuntutan kami adalah adil dan langsung tidak keterlaluan dan oleh sebab itu pemimpin dan kepimpinan DAP di peringkat Pusat dan Negeri telah sebulat suara menyokong pencalonan Saudara Ng Suee Lim sebagai Timbalan Speaker dalam Dewan Undangan Negeri.
“Kami pun tidak berhasrat untuk mengusir Timbalan Speaker PAS yang telah dipilih dan dilantik. Kami hanya menuntut selama ini untuk Timbalan Speaker Kedua dilantik sepertimana yang diaturkan di Negeri Perak dan juga Negeri Sabah.”
Menurut facebooker Kamarul ucapan Tony Pua di atas dapat dirumuskan kepada tiga perkara.
“Pertama, pimpinan tertinggi PKR dan DAP telah bersetuju untuk mengambil 1 kerusi Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor dari PAS untuk diberikan kepada DAP.
“Kedua, atas sebab-sebab yang tertentu, 1 kerusi Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor milik PAS ini akhirnya telah diberikan kepada PKR dan bukan kepada DAP.
“Ketiga, disebabkan kegagalan PKR menunaikan janji untuk memberikan tambahan 1 kerusi Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor kepada DAP inilah maka kini DAP menuntut agar jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Kedua diwujudkan dan diberikan kepadanya.
“Menarik juga pendedahan Pengerusi DAP Selangor ini,”katanya.
Facebooker itu turut mendedahkan rakaman video itu seperti di atas.
“Boleh didengar pada minit ke-40:25,”katanya.






source : aidc

No comments: