NUFFNANG

Thursday 4 December 2014

KENYATAAN RASMI : SULTAN TARIK BALIK DARJAH KEBESARAN ANWAR IBRAHIM !

KENYATAAN RASMI : SULTAN TARIK BALIK DARJAH KEBESARAN ANWAR IBRAHIM !

Berita terbaru yang pasti memalukan Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang


Anda baca : 
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuatkuasa 3 November lalu. 
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam satu kenyataan media, berkata penarikan Darjah Kebesaran Seri-Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) itu diputuskan baginda Sultan Selangor selepas berunding dengan Dewan Di-Raja Selangor. 
Katanya, darjah kebesaran yang diberikan pada 1992 itu ditarik balik oleh Istana Selangor berikutan tindakan dan perlakuan Anwar sejak akhir 2013 yangmempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor dan hal berkaitan isu agama Islam yang Sultan mempunyai kuasa eksekutif serta sebagai Ketua Agama - BH


Nampaknya, kemelut kepimpinan Pakatan Pembangkang semakin teruk. Begitu juga yang berlaku pada kepimpinan pembangkang yang lain.BACA SINI

Source : dr mim

No comments: