NUFFNANG

Saturday, 4 January 2014

TERKINI TENTANG LIM GUAN ENG DAP & MODEL BARU !

TERKINI TENTANG LIM GUAN ENG DAP & MODEL BARU !

Sila baca artikel ini : 
Belum sempat pun berita 11 langkah penjimatan kerajaan persekutuan disebarkan menerusi media arus perdana, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat bingkas menyifatkan ia sebagai tidak ikhlas dan hanya bersifat simbolik.
Bergaya YB ni
Namun mereka diam seribu bahasa dengan pendedahan di Pulau Pinang bahawa Ketua Menterinya, Lim Guan Eng akan memiliki kereta mewah Mercedes Benz berharga lebih RM300,000. 
Setelah ditegur oleh pelbagai pihak, Lim mengarahkan Pegawai Kewangan Negeri untuk memberikan penjelasan bahawa kereta mewah itu dibeli kerana potongan harga istimewa. 
Oleh kerana potongan harga itu, maka, menurut PKN, Lim tidak lagi akan menggunakan kereta Toyota Camry yang dibeli hanya dua bulan lalu. 

Video : Rakyat tolak alasan Guan Eng DAP
Kereta itu “ditolak” kepada Timbalan Speaker DUN Pulau Pinang.
Apakah tindakan Lim itu satu penjimatan, memandangkan kereta Mercedes itu di beri potongan harga istimewa. Ya mungkin…
 
Namun persoalan lebih penting ialah adakah pembelian kereta Mercedes itu satu KEPERLUAN? Rasanya TIDAK.
Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana rakyat diminta mengikat perut dan kos sara hidup makin meningkat. 
Lim ibarat meludah kelangit 
Apa yang dilihat sekarang ialah Lim menggesa rakyat untuk membenci kerajaan kerana menaikkan harga barangan namun pada masa sama, beliau menggunakan dana awam untuk membeli kereta mewah hanya kerana ditawarkan diskaun. 
Lim orang paling bingkas menuduh Putrajaya sebagai kerajaan boros, rasuah dan sebagainya. Beliau membelakangkan sumbangan BN di sebalik segala pembangunan negara dan Pulau Pinang. 
Dalam keghairahan mencari nama untuk diri, beliau mencanang kemajuan Pulau Pinang hari ini sebagai kejayaan DAP.
Sifat angkuh dan rasa dirinya sebagai tokong itu menyebabkan DAP dan beliau sendiri dikritik oleh PAS Pulau Pinang pada muktamar partiitu. 
Lim juga dibidas oleh tokoh-tokoh PKR seperti bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mansor Othman.
Sebelas langkah yang diumumkan oleh Putrajaya untuk mengekang perbelanjaan kerajaan termasuk pemotongan elaun untuk anggota Kabinet dan pegawai kanan kerajaan.
Sepatutnya langkah-langkah itu harus disambut dengan hati terbukaseterusnya
Seperti yang MiM katakan sebelum ini. Isu kereta mewah ini akan sentiasa menghantui Lim Guan Eng DAP. Setiap kali beliau menaiki kereta elitis mewah itu, beliau tidak akan merasakan keselesaan kereta itu kerana rakyat marah dan kecewa dengan kedegilan beliau.

MiM sarankan anak Kit Siang DAP itu menjual balik kereta itu. Jika tidak, segala kenyataan beliau selepas ini akan dipandang sinis dan tiada kredibiliti lagi oleh rakyat.

source : Dr MiM

No comments: