NUFFNANG

Sunday 12 January 2014

TERBAIK! TUN M BERSUARA TENTANG PUTRAJAYA, WAJIB DIBACA OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA!

TERBAIK! TUN M BERSUARA TENTANG PUTRAJAYA, WAJIB DIBACA OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA!

Malam-malam minggu ni sambil bersantai dengan famili, apa kata kita baca sikit apa
yang dituliskan oleh Tun Dr Mahathir tentang Putrajaya, sebuah bandar yang beliau
sendiri adalah arkiteknya.


1. Saya berterimakasih kerana interpretasi yang sering dibuat berkenaan pemikiran saya.
Tetapi kadang-kadang interpretasi berbeza dari pemikiran saya yang sebenar.

2. Berkenaan dengan Putrajaya. Yang sebenarnya tujuannya ialah untuk mendiri sebuahBandar pentadbiran. Kita mendapat ilham dari bandar-bandar dunia untuk tujuan
ini.

3. Di antara yang mempengaruhi rekabentuk Putrajaya ialah ibu kota Perancis, iaitu
Paris.

4. Yang kita pilih sebagai contoh ialah Champs Elysees, boulevard utama yang melintasi
tengah Bandar Paris.

5. Boulevard ini mempunyai jalan tengah yang luas untuk lalu-lintas kereta dan dua
buah jalan kecil antara jalan tengah dengan deretan bangunan di kiri kanan untuk
pelawat ke kedai dan restoran.

6. Tingkat bawah bangunan-bangunan ini terdapat kedai-kedai makan dan barangan
dan juga pusat hiburan seperti Lido. Memanglah restoran menjual barangan yang
tidak halal.

7. Sesungguhnya Champs Elysees dipenuhi dengan pembeli-belah tempatan dan
pelancong dalam dan luar negeri sepanjang masa. Ramainya mereka di sini kerana
terdapat kedai dan restoran mewah. Lido mempunyai tarikan hiburan yang istimewa.

8. Kita tidak berhasrat meniru segala-galanya yang terdapat di Champs Elysees di Paris.
Kita juga tidak ingin menjadi Putrajaya sebagai Bandar pentadbiran yang penuh dengan
pejabat Kerajaan semata-mata.

9. Di Negara maju terdapat CBD – Central Business District yang penuh dengan
pejabat-pejabat syarikat terkemuka di Bandar besar. Pada siang hari ramailah pekerja
dan pelawat membanjiri CBD. Apabila pejabat tutup pada 5 petang, CBD menjadi
senyap sunyi. CBD juga berbahaya pada waktu malam kerana ramai penjenayah
merayau-rayau dan menyamun orang yang masuk kawasan ini.

10. Sudah tentu jika ramai orang terdapat di mana kawasan, kemungkinan penjenayah bermaharajalela akan berkurangan.

11. Saya cadang kepada pengurusan Putrajaya supaya diadakan kedai-kedai makanan
dan barangan sepanjang jalan tengah Putrajaya. Dalam pada itu pusat hiburan ringan
juga perlu diadakan.

12. Pada malam Sambutan Ambang Tahun Baru hampir 100,000 orang, kebanyakannyaMelayu telah dihibur dengan lagu-lagu merdu dan tarian. Mereka tidak
mungkin datang jika tidak ada hiburan.

13. Adanya hiburan ini tidak bercanggah dengan idea Putrajaya.

14. Saya tidak bersetuju jika diadakan kedai arak dan tarian bogel di Putrajaya.
Tetapi jika diadakan sedikit hiburan tidak mengapa.

15. Saya tak pernah pergi ke Hard Rock CafĂ©. Mungkin ia tidak sesuai. Tetapi ia
dan pusat hiburan lain boleh disesuaikan jika sanggup mengadakan hiburan yang tidak
lucah. Kita perlu kepada hiburan. Jika ada acara persandingan di dewan-dewan di 
Putrajaya tidak ada larangan terhadap hiburan. Kenapa tidak pusat hiburan di restoran.

16. Perubahan sedang dilakukan oleh Tan Sri Aseh kepada Putrajaya. Saya lihat
semakin ramai pelawat datang ke Putrajaya sebelah malam kerana perubahan-perubahan
ini.

Dipetik dari blog Chedet

source : house pk

No comments: