NUFFNANG

Monday, 6 January 2014

PRIHATINKAH KITA? Adik Ini Guna Duit Syiling Bayar Yuran Sekolah!! ....itupun tidak mencukupi...

PRIHATINKAH KITA? Adik Ini Guna Duit Syiling Bayar Yuran Sekolah!!


Pagi - pagi saya terima whatsapp gambar  ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang 
pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur. Datuknya membawa punjut 
duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. 
Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut. 

Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. 
Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah 
tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah 
sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.


Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh 
datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita ini, 
saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih 
ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa 
kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka. 

Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka 
yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta - minta untuk menagih simpati 
ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit 
tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang 
setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.

Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya 
juga ditunjukkan gambar anak - anak ini. Comel - comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok 
hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, 
besar dan lusuh, mungkin  juga pemberian orang lain. 


Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan - rakan 
kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal 
tempuhi. Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum 
tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.

Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, 
kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain. Pengajaran juga buat saya, agar 
tidak mewahkan anak - anak, mana tahu ada rakan - rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati 
kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak - anak lain. Tiada ipad, 
tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.

Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada 
Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu. Jika ada 
sebarang pertanyaan dan masalah, sila ajukan kepada saya atau komen di bawah.

(SILA KLIK SUMBER DI BAWAH UTK BUTIRAN DAN UPDATE MENGENAI KISAH INI)

SUMBER

source : belia bangkit

No comments: