NUFFNANG

Monday, 6 January 2014

Pandangan Haron Din Terhadap Marina Bila Hadir Menyokong Gereja Guna Kalimah Allah

Pandangan Haron Din Terhadap Marina Bila Hadir Menyokong Gereja Guna Kalimah Allah


Dengan jelas sekali tindakan di atas adalah satu bentuk provokasi terhadap umat Islam di Malaysia.  Mahkamah sudah buat keputusan, Sultan Selangor sudah bertitah tentang isu ini pada 14 November 2013. Mengapa ada pihak yang mahu melangkaui undang undang dan perintah Sultan? 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. 

Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. 

Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malaysiakini sendiri sudah lupa apa yang mereka telah laporkan (rujuk sini). Sepatutnya portal tersebut tidak boleh terus mengapi ngapikan umat Islam di Malaysia dengan berita provokasi yang melampau seperti dalam berita di atas. 

PAS Selangor sendiri patut merasa malu kerana tidak berpihak kepada Islam dan berlandaskan apa yang sudah diputuskan oleh Majlis Fatwa. Dulu ketika isu agama, PAS yang paling lantang tentang isu agama. Di mana mereka sekarang? Di mana Persatuan Mahasiswa Islam di universiti yang "garang" sangat tentang isu ini suatu ketika dahulu?

Mereka patut malu dengan Haron Din tentang isu ini. Dengar dan lihat sendiri apa yang Haron Din perkatakan tentang isu kalimah Allah ini.




No comments: