Mesej Zahid Kepada Muhyiddin – ‘Time for you to go, Sir’
Meriah sungguh sambutan ulangtahun Menteri Dalam Negeri petang semalam.
Menurut seorang driver kepada seorang Dato Sri (beli), dia membuat kiraan secara rambang terdapat lebih kurang:
56 buah Alphard;
32 buah Chayenne (17 daripadanya Chayenne S terbaru),
3 buah Bentley;
6 buah Jaguar XJL dan
tidak terkira banyaknya kereta second hand yang dua bulan tak bayar.
Handal. Memang handal.
Menurut seorang lagi teman yang rapat dengan war room Zahid Hamidi, kehadiran strategik yang dilaporkan semalam amat memberangsangkan.
Ketua Bahagian – 119 orang
Timbalan Ketua Bahagian – 91 orang
Naib Ketua Bahagian – 75 orang
Ketua Pemuda Bahagian – 42 orang
Naib Ketua Pemuda Bahagian – 15 orang
Ketua Wanita – 63 orang
Naib Ketua Wanita – 9 orang
Agen tanpa jawatan – 203 orang
Mesej yang disampaikan sewaktu sesi cigar/hisap rokok di kawasan sekitar, berapa lama lagi Tan Sri Blur Pagoh nak bertahan?
Sudah-sudahlah tu. Mereka banyak berkata bahawa Muhyiddin gagal menjaga Kementerian dengan baik. Khabar bagaimana budak-budak Muhyiddin sakau projek di kementerian pun berlegar di Royale Chulan.
Nama-nama projek pun disebut sama.
Mesej yang Zahid hantar ini lebih daripada sambutan harijadi biasa. Mesejnya adalah mesej politik kepada Muhyiddin.
Masa untuk beredar.
Kami Ada Duit; Suka Hati Kamilah!
Di dalam media baru, ramai juga di kalangan penyokong UMNO yang melahirkan rasa tidak perlu dengan acara sambutan mewah begini.
Tapi biasalah. Untuk puak ini, pada mereka, ini duit mereka. Suka hati mak bapak merekalah nak buat apa.
Lagipun bukan duit mereka.
Katanya ada kontraktor KDN yang bayar. Kontraktor mana? Wallahu’Alam.
Gelombang Zahid Hamidi ini sangat hebat dan besar. Masa sudah tiba untuk Najib mempunyai Timbalan baharu. Zahid Hamidi.
source : gelagat anwar
No comments:
Post a Comment