NUFFNANG

Friday 3 January 2014

'Keislaman' Tan Sri Harussani diragui Dewan Ulama PAS.

'Keislaman' Tan Sri Harussani diragui Dewan Ulama PAS.

Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah dikecam hebat oleh pihak-pihak pro pembangkang selepas sebuah akhbar menyiarkan kenyataan beliau yang mengkritik peserta demo perhimpunan haram di malam ambang menyambut tahun baru yang diketuai beberapa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Tan Sri Harussani dilihat lebih cenderung menegur PAS kerana dilihat terlalu mengikut telunjuk pihak PKR dan DAP sehingga membelakangi ajaran Al-Quran yang seringkali diguna pakai dalam kebanyakan kempen politik parti itu.

"Pemimpin PAS menyertai perhimpunan itu kerana mereka gagal memahami al-Quran",ujar beliau.Beliau turut menggesa kerajaan bertindak lebih keras terhadap peserta pehimpunan haram dan menggelar mereka sebagai bughah(pemberontak) kerana dilihat cuba menimbulkan kekacauan dengan menggunakan alasan menegakkan hak rakyat.

Sementara itu,Dewan Ulama PAS telah mengutuk dengan keras dan menggelar Harussani sesat kerana membuat satu fatwa yang boleh menimbulkan kekacauan dan petumpahan darah dikalangan rakyat dalam satu kenyatan melalui HarakahDaily.

"Kenyataan Harussani yang menggelar rakyat yang berdemo sebagai "bughah" menggambarkan yang beliau seorang mufti yang tidak faham hukum Islam dan hukum bughah khususnya"kata Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali merangkap Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS.

Kenyataan Tan Sri Harussani itu merujuk kepada kejadian kekecohan yang dicetuskan peserta perhimpunan haram di malam ambang tahun baru 2014 dengan melemparkan botol dan cuba mencederakan anggota pihak berkuasa dan merampas pentas utama sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang awam yang menanti pertunjukkan bunga api.-UtaraNews.

source : utaranews

No comments: