NUFFNANG

Monday 6 January 2014

KALIMAH 'ALLAH' BERKUMANDANG DI DALAM GEREJA !!! APA SELEPAS INI??

KALIMAH 'ALLAH' BERKUMANDANG DI DALAM GEREJA !!! APA SELEPAS INI??

Portal pro-pembangkang sekali lagi cuba meneguk di air yang keruh apabila melaporkan isu yang sangat sensitif. 


Bukan sahaja sensitif, tetapi bukankah mereka di Kelang itu telah ingkar kepada titah Sultan Selangor? 

Sultan Selangor kecewa dengan Lim Guan Eng DAP

Di antara laporan SorosKini MalaysiaKini :
Bantahan oleh sekumpulan NGO Islam di padang berhampiran tidak menghalang penganut Kristian mengalunkan puji-pujian kepada 'Allah' dalam satu upacara di sebuah gereja di Klang hari ini. 
Kalimah 'Allah' itu berkumandang di gereja Our Lady of Lourdes dalam bentuk lagu pujian (hymn) dan doa upacara keagamaan (mass) menggunakan bahasa Melayu. 
Kira-kira 200 orang yang hadir itu antara lainnya mengulangi pujian "Bapa Tuhan Allah" dan "Tuhan kami yang kudus, Allah" sekurang-kurangnya sebanyak empat kali dalam nyanyian lagu dan juga doa sebelum ucapan utama. 
Kalimah 'Allah' yang digunakan itu merujuk kepada konsep triniti dalam kepercayaan Kristian. 
Upacara diketuai paderi Michael Chua itu berlangsung ketika kira-kira 50 orang penganut Islam berhimpun sebagai tanda solidariti di luar gereja.seterusnya
Dan seperti yang dijangka, Lim Guan Eng DAP 'melompat' cepat mengkritik isu Bible di Selangor. Mungkin dengan cara itu beliau berharap isu terbaru ini akan dapat menutup malu beliau tentang isu kereta mewah S300L di Pulau Pinang dan juga isu dalaman parti DAP yang sangat memalukan dan dipersoalkan oleh ROS.

Di antara omongan Guan Eng DAP : 
Where are the fundamental constitutional guarantees of freedom of religion and the spirit of Prime Minister’s 1Malaysia when Islamic religious authorities can prosecute and act against non-Muslims? more
Begitu juga dengan Lim Kit Siang DAP dan kenyataan beliau yang menyalahkan Najib Razak padahal hal ehwal agama di bawah kuasa negeri.
DAP supremo Lim Kit Siang has urged Prime Minister Najib Razak to walk the talk and guarantee a stop to any further illegal raids by Islamic authorities on places of worship of other religions. more

Hairan kerana daripada pelbagai pihak yang disalahkan oleh anak beranak Lim DAP itu, mereka terlupa (atau sengaja buat-buat lupa?) bahawa urusan agama terletak dalam bidang kuasa negeri.


Kuasa kerajaan negeri

Anda boleh lihat perangai kedua-dua anak beranak Lim ini. Bapa borek anak rintik. Hipokrit. 

Memang amat memualkan apabila Pakatan Pembangkang terutamanya DAP cuba untuk mengaitkan dan memburuk-burukkan BN dan Najib Razak padahal isu yang berlaku di dalam kerajaan Pakatan Selangor. 

Tetapi, apakah DAP benar-benar mahu kerajaan Persekutuan Perdana Menteri campur tangan dan menyelesaikan perkara ini? Ini bermakna Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri diminta untuk mengeluarkan arahan kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Tetapi bolehkan perkara ini dilakukan? 

Dan jika Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri boleh campur tangan dalam hal-hal agama di negeri ini, apakah ianya juga bermakna Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri boleh campur tangan dalam hak-hak yang lain seperti isu air dansebagainya?


Dan jika Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri dibolehkan campur tangan dalam hal-hal agama Selangor dan memastikan bahawa kemelut ini tidak berulang di negeri itu atau di mana-mana negeri yang lain, satu akta harus diluluskan di Parlimen untuk mengambil kuasa hal-hal agama dari negeri ini dan di bawah Kerajaan Persekutuan.

Apakah DAP akan menyokong usul tersebut?

Jika tidak, Lim anak beranak disarankan supaya tidak bertindak bodoh cuba menyalahkan Najib Razak dan BN dalam isu ini.

source : dr mim

No comments: