JAIS Di Bawah Kuasa Sultan, Bukan MB Selangor – Aziz Bari
AIDCNews – 3/1/14 – Tindakan meminta Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan dalam isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM) adalah tidak kena pada tempatnya, kata Pofesor Abdul Aziz Bari.
Ini kerana, kata Abdul Aziz, JAIS di bawah bidang kuasa Sultan Selangor dan bukannya kerajaan negeri.
Abdul Aziz dilaporkan Malaysiakini berkata JAIS adalah badan pelaksana MAIS (Majlis Agama Islam Selangor), satu institusi yang berada di bawah bidang kuasa Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam peringkat negeri.
Mereka … perlu faham bahawa perlembagaan , Islam adalah satu perkara yang di bawah kuasa Sultan dan dia boleh bertindak dengan atau tanpa nasihat MB.
“Jika Sultan memutuskan untuk tidak berbuat apa-apa, MB atau majlis exconya boleh berbuat sesuatu. Walau bagaimanapun, sekiranya Sultan bertitah, arahan MB perlu diabaikan,” katanya.

Bishop Jesuit, Dr Paul Tan Chee Ing
“Hanya seorang yang mampu menghentikan kegilaan ini dan beliau ialah Perdana Menteri.
“Tetapi, saya takut beliau (Najib) terlalu pengecut untuk melakukan apa-apa dan ia bermakna hubungan Muslim dan Kristian yang telah pun mula meruncing sejak tiga tahun lalu ini bakal menjadi lebih teruk,” katanya yang juga ketua Gereja Katolik keuskupan Melaka-Johor itu hari ini.
source : aidc
No comments:
Post a Comment