NUFFNANG

Wednesday 1 January 2014

Guling: Kumpulan baju hitam dihalau dari Pasar Seni

Guling: Kumpulan baju hitam dihalau dari Pasar Seni

BEBERAPA orang mengerumuni seorang lelaki yang dipercayai mengedarkan baju hitam kepada penyokong himpunan guling kerajaan di Pasar SeniKuala Lumpur malam tadi.

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Peserta-peserta Himpunan Guling Kerajaan telah dihalau oleh pihak keselamatan Pasar Seni daripada berkumpul di pintu depan lokasi itu.

Pihak keselamatan melakukan perkara tersebut selepas peserta himpunan haram itu semakin terbuka mengagihkan baju berwarna hitam kepada orang ramai.

"Kalau orang berkumpul depan rumah awak sesuka hati, apa perasaan awak? saya minta baik-baik tolong beredar, pergi duduk bawah jambatan itu, ini tempat orang cari rezeki," kata salah seorang pegawai keselamatan yang meminta peserta himpunan haram itu beredar.

Difahamkan, Pasar Seni akan turut menjadi salah satu lokasi peserta Himpunan Guling Kerajaan berkumpul sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Meskipun telah diberi teguran cara baik, peserta himpunan haram itu tetap berlegar-legar di sekitar perkarangan tapak letak kereta Pasar Seni.

Mereka bagaimanapun tidak lagi berani terlalu berhampiran atau bergambar di pintu utama Pasar Seni yang turut dijaga oleh anggota Rela.

Sehingga pukul 9 malam ini, kira-kira 50 peserta himpunan haram itu yang termasuk kaum Cina dan India berkumpul di lokasi itu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131231/dn_49/Guling-Kumpulan-baju-hitam-dihalau-dari-Pasar-Seni#ixzz2p5Ton2Rp
© Utusan Melayu (M) Bhd 


source : http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131231/dn_49/Guling-Kumpulan-baju-hitam-dihalau-dari-Pasar-Seni

No comments: