NUFFNANG

Thursday 23 January 2014

Gempar....Ramesh : Anwar Guna Mafia Yakuza Sekat Pelabur ke Malaysia

Gempar....Ramesh : Anwar Guna Mafia Yakuza Sekat Pelabur ke Malaysia

PETALING JAYA 23 Jan - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa berhasrat menggunakan campurtangan mafia perniagaan 'Yakuza' di negara Jepun bagi mengugut pelabur dari negara itu agar tidak melabur di Malaysia.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata, beliau mempunyai bukti mengenai dakwaan tersebut dan bersedia mendedahkannya jika perlu.

"Saya mempunyai dokumen yang Anwar Ibrahim akan menggunakan 'Yakuza' untuk mengugut pelabur jangan datang ke Malaysia sekaligus menghancurkan ekonomi negara ini.

"Saya akan tunjukkan bukti tersebut jika perlu dan kita bersedia untuk serahkan dokumen tersebut kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini hari ini.
 alt
Ramesh menjelaskan, PDRM perlu turut melakukan siasatan ke atas dua lawatan tidak rasmi ke negara matahari terbit itu sebelum ini.

Katanya, penahanan Anwar di Lapangan Terbang Narita baru-baru ini juga adalah konspirasi terancang oleh ketua pembangkang itu bagi memburukkan nama Malaysia.

"Agak mengejutkan tetapi realitinya adalah penahanan Anwar di lapangan terbang di Jepun boleh saya katakan sebagai terancang dan apa tujuan beliau (Anwar) berjumpa dengan anak pengasas 'gangster' terbesar di Jepun?

"Lawatan Anwar dibuat selepas beberapa bulan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Jepun bagi memeterai pelaburan bernilai trillion ringgit, jadi adakah beliau ingin mengganggu pelaburan tersebut?

"PDRM kena siasat kerana setiap kali Perdana Menteri ke luar negara untuk mencari pelaburan, Anwar akan turut ke negara yang sama selepas itu," ujarnya.

Anwar dilarang daripada memasuki Jepun Ahad lalu disebabkan kegagalan beliau untuk memohon visa bagi memasuki negara matahari terbit itu.

Jurucakap kedutaan Jepun di Malaysia, Tomoko Nagai berkata, Anwar masih perlu memohon visa kerana rekod jenayahnya yang lalu walaupun Jepun pada tahun lalu memberi kelonggaran kepada rakyat negara ini supaya tidak lagi menggunakan visa untuk memasuki negara tersebut. 

1 comment:

Anonymous said...

Pariah Ramesh akan kecut bila nak hentam BN/UMNO , pondan nak hentam PR boleh sebab tak ada implikasi, anak Pariah .