NUFFNANG

Tuesday, 7 January 2014

FUZIAH, SHOPPING & TIDUR DI HOTEL MEWAH DI HUANGZHOU??...

FUZIAH, SALAHGUNA WANG BANJIR RM50,000 SHOPPING & TIDUR DI HOTEL MEWAH ...

Antara Hotel Mewah 5 Star di Guangzhou
Semasa kejadian banjir besar melanda Kuantan bulan lalu, wang rakyat dari wang perbendaharaan negeri Selangor telah dikeluarkan sebanyak RM50,000 kerana Fuziah merayu-rayu kepada MB Selangor dan Anwar Ibrahim (kedua-duanya dari link PKR) yang menguasai kerajaan negeri Selangor. 

Menurut sumber dalaman di pejabat Menteri Besar Selangor, wang RM50,000 tersebut telah diberi secara 'lumpsump' kepada ahli parlimen Kuantan beberapa hari selepas permintaan Fuziah Salleh.

Sehingga ke hari ini,mangsa-mangsa banjir di Kuantan menyatakan Fuziah Salleh tidak ada memberikan wang RM50,000 itu kepada mereka!

Sekiranya wang rakyat yang dikutip oleh Kerajaan Negeri Selangor itu melalui cukai-cukai penjualan Arak, daging Babi local dan import tidak disalurkan dengan betul, bermakna ada kemungkinan wang RM50,000 itu digunakan oleh Fuziah Salleh sama ada untuk berjoli-shopping di Guangzhou atau menyewa Hotel Mewah di Kuantan semasa banjir.

Umum mengetahui bahawa selepas sahaja dihalau oleh Bung Mokhtar di Parlimen tempohari, Fuziah Salleh telah lari ke Kuantan tetapi dikesan tidur di sebuah hotel Mewah!

Hotel Mewah di Guangzhou City Kesukaan Wakil Rakyat Perempuan Dari Malaysia
Kini, rakyat tertanya-tanya mana senarai nama penerima sumbangan wang RM50,000? Adakah Fuziah terbawa senarai nama itu shopping di Guangzhou dan tertinggal di hotel mewah di sana. Antara hotel-hotel Mewah di Guangzhou ialah Mandarin Oriental Hotel 5 Star, Guangzhou Luxury 5 Star Hotel, Soluxe Guangzhou Hotel 5 Star.

Harga semalam di Mandarin Suite untuk 2 person ialah CNY52,888 semalam!Anda kiralah berapa semalam? Adakah kamu fikir seorang Wakil Rakyat akan shopping beribu ringgit sahaja? Adakah kamu fikir seorang Wakil Rakyat tidur di Hotel "cokiak" sahaja?
Kemewahan Bilik Beradu 2 Person Salah Sebuah Hotel Mewah Di Guangzhou
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat ke manakah sumbangan wang RM50,000 itu digunakan? Adakah ianya disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir atau digunakan untuk keperluan peribadi seperti shopping di Guangzhou dan tidur di Hotel Mewah di Kuantan semasa banjir? 

Kita pun tahu berapa jerrr Elaun seorang Wakil Rakyat pun!!! 

Semasa Banjir Wave Kedua, Fuziah Korbankan Rakyat Kuantan Berholiday & Bershopping Di Guangzhou. So, Apa Dia Tahu Apa Berlaku Di Kuantan, Kelak 5 Tahun Dia Datang Menagih Undi Di Kuantan, Rakyat Kuantan Jangan Lupa Bagi Dia Penyapu Guangzhou...
Bersambung Tajuk Baru : Fuziah Salleh Didesak Dedahkan Kepada Rakyat Tuntutan Perjalanan Bulan Disember, 2013 Bagi Ahli Parlimen Kuantan. Di antara Perincian Tuntutan ialah :

1. Tuntutan Perjalanan Kuala Lumpur- Kuantan 
2. Tuntutan Penginapan Hotel di Kuantan 
3. Tuntutan Perjalanan Di Kawasan-Kawasan Banjir
4. Tuntutan Pelbagai
5. Tuntutan Perjalanan Rumah Ke Airport ( Untuk Ke Guangzhou?)

source : mymassa

No comments: