NUFFNANG

Saturday 4 January 2014

DISKAUN TINGGI KERETA MERCEDEZ BENZ GUAN ENG BIKIN SPRM BUKA MATA !!

DISKAUN TINGGI KERETA MERCEDEZ BENZ GUAN ENG BIKIN SPRM BUKA MATA !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 



Tindakan Guan Eng yang membeli kereta baru ketika pemimpin PR sibuk mencanang tentang kenaikan harga barang telah membuka mata banyak pihak terhadap ketelusan pemimpin DAP.

 Dipetik dari dari Fz.com,satu siasatan telah di buat oleh Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia terhadap proses pembelian kereta yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinangitu.

 Menurut sumber lagi,proses pembelian itu ada kaitan dengan Tan Sri Tan Kok Ping iaitu seorang taikun yang 'mesra' DAP dan juga mempunyai hubungan dengan Lowe Motor Sdn Bhd, Sebelum ini kereta model Toyota Camry kegunaan Guan Eng itu telah diserahkan kepada Timbalan Speaker negeri Pulau Pinang.

Kerajaan DAP P.Pinang sudah membeli 15 buah kereta Toyota Camry dengan harga RM 115'500 sebuah untuk menggantikan Proton Perdana yang digunakan sebelum ini.

 Kerajaan negeri DAP membelanjakan RM 298'263.75 diatas pembelian kereta Mercedes di Lowe Motor Sdn Bhd yang harga sebenarnya lebih tinggi iaitu RM 657'218.

Perbezaan harga yang amat ketara inilah yang menyebabkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memulakan siasatan terhadap pembelian tersebut.-UtaraNews.

  

No comments: