NUFFNANG

Saturday 25 January 2014

DATO' HARUN TAIB MENINGGAL DUNIA - PEMIMPIN YANG MEMPERTAHAN KALIMAH 'ALLAH' UNTUK MUSLIM SAHAJA

DATO' HARUN TAIB MENINGGAL DUNIA - PEMIMPIN YANG MEMPERTAHAN KALIMAH 'ALLAH' UNTUK MUSLIM SAHAJA

KUALA LUMPUR 26 Jan - Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Harun Taib dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 12 tengah malam tadi setelah tidak sedarkan diri sejak semalam.
Allahyarham yang dilaporkan pengsan semalam telah dikejarkan keHospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. 
Allahyarham meninggal dunia akibat keuzuran. 
Beberapa pimpinan PAS turut mengesahkan perkara tersebut menerusi laman sosial termasuk Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi. 
Untuk rekod, Allahyarham juga memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Fatimah Ibrahim dan limaanak - Rakyat News
Allahyarham Harun bin Taib merupakan pemimpin politik PAS di kawasan DUN N22 Manir, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu. 

Allahyarham belajar di Universiti Islam Madinah dalam jurusan Usuluddin. Kemudian peringkat sarjana siasah syariah di Universiti al-Azhar, Mesir.  

Tidak seperti beberapa pemimpin PAS yang lain dan pemimpin Islam di PKR, allahyarham menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam mingguan The Herald dalam penerbitan bahasa Melayunya.
Allahyarham yang dipetik dalam laporan Utusan Malaysia hari ini turut menggesa umat Islam, tanpa mengira fahaman politik, mempertahankankan agama serta mempertahankan kesucian kalimah 'Allah'. 
“Memang umat Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik wajib sama-sama perjuangkan akidah dan syiar Islam, semua itu mesti menjadi pegangan kita (umat Islam). 
"Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,” katanya lagi. 
Beliau menegaskan lagi bahawa Allah bukan tuhan bagi  agama selain daripada Islam. 
"Seperti yang saya sering sebut sebelum ini, kalimah Allah hanya khusus untuk agama dan umat Islam kerana tuhan bagi umat Islam hanya satu iaitu Allah, dan Allah bukan tuhan bagi penganut agama lain,” katanya lagi - MK
AL-FATIHAH

source : dr mim

Harun Taib seru 'bersatu pertahan kalimah Allah'

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata beliau menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam mingguan TheHerald dalam penerbitan bahasa Melayunya.

Harun yang dipetik dalam laporan Utusan Malaysia hari ini turut menggesa umat Islam, tanpa mengira fahaman politik, mempertahankankan agama serta mempertahankan kesucian kalimah 'Allah'.

“Memang umat Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik wajib sama-sama perjuangkan akidah dan syiar Islam, semua itu mesti menjadi pegangan kita (umat Islam).

“Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,” katanya lagi.

Beliau menegaskan lagi bahawa Allah bukan tuhan bagi agama selain daripada Islam.

“Seperti yang saya sering sebut sebelum ini, kalimah Allah hanya khusus untuk agama dan umat Islam kerana tuhan bagi umat Islam hanya satu iaitu Allah, dan Allah bukan tuhan bagi penganut agama lain,” katanya lagi.

Laporan berkenaan turut menampilkan pandangan serupa, antaranya dari Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan; Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, serta Menteri Penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

source : mk

No comments: