NUFFNANG

Sunday, 5 January 2014

Bila Menteri dah tua raikan hari jadi.

Bila Menteri dah tua raikan hari jadi.




Rakyat Malaysia di kejutkan sebaik sahaja tamat perbahasan dan juga kelulusan
Bajet@Belanjawan bagi tahun pentadbiran 2014 dengan pengumuman demi pengumumkan
akan kenaikan beberapa harga perkhidmatan saperti tarif letrik, air dan tol dan juga
kenaikan mendadak barang-barang keperluan hidup saperti gula dan makanan  lain termasuk
makanan saperti ikan, ayam dan daging.

Kenyataan dan alasan yang diberikan oleh Kerajaan kerana kenaikan harga ialah setaraf
melayan budak-budak seusia budak yang belum boleh berjalan atau dalam klas tadika.

Maka rakyat yang sudah ditingkatkan  ilmu dan tidak ada lagi buta huruf menjadi marah.
Marah bukan kerana harga barang naik atau harga perkhidmatan naik tetapi saperti di tipu
hidup-hidup, tidak saindah slogan 'rakyat di dahulukan dan prestasi di utamakan.

Rakyat memang tahu dari segi pembacaan dan juga berita yang didengar bahawa ekonomi
dunia tidaklah begitu baik dan pasti akan merebak ke Malaysia dan seterusnya
menjejaskan ekonomi negara termasuk pendapatannya. Tetapi beberapa alasan itu saperti
mempermainkan rakyat. Bagi satu kerajaan yang punya cerdik pandai dan khasnya
orangpolitik yang berkuasa, sewajarnya memikirkan setiap patah ayat untuk disampaikan
kepada rakyat, sebaliknya bila main sedap mulut. akhirnya Kerajaan Barisan Nasional pun
di cemuh.

Sebenarnya tidak perlu untuk di umumkan langkah 11 perkara sebagai tanda prihatin
kerajaan terhadap kenaikan harga. lagi pun semua potongan itu tidak akan membawa ke
arah turunnya harga barang dan perkhidmatan sebaliknya menjadi bahan perdebatan antara
rakyat dan kerajaan yang memerintah. Kenapa tidak, berapa sen sangatlah jumlah semua
itu jika dipotong. Ada RM100juta? ada RM1Billion hanya dalam kadar tak lebih RM20juta.

Sepatutnya kerajaan banyakkan ucapan menasihatkan rakyat supaya bersedia berkorban
dalam keadaan ekonomi tidak begitu kuat dan bersedia menghadapi dalam keadaan
sementara. Bukanya membuat ucapan atau retorik yang menjadi rakyat marah. Dan yang
terpenting ialah nasihatkan rakyat mulakan berjimat dan berbelanja hanya perlu.

Ayat yang paling mudah mempengaruhi fikiran rakyat dan rakyat akan menerima tindakan
kerajaan dengan berlapang dada ialah nyatakan secara terus terang bahawa bajet atau belanjawan
negara akan di potong dan akan di kecilkan.  Kita kena menerima realiti bahawa soal hutang
luar negeri kita adalah antara penyebab kerajaan tidak lagi mampu memberi subsidi
perkara-perkara perlu dan juga perdagangan kita yang agak kurang khasnya barang-barang
utama kita.. saperti minyak kelapa sawit, getah kecuali minyak mentah dan sektor pembuatan
untuk export.

Dan inilah  masa yang sesuai perkataan wasitiyah digunakan menggalakan rakyat supaya hidup
sederhana. Jika saya seorang Menteri, saya akan membuat kenyataan satelah berunding
dengan rakan-rakan kabinet yang lain mengumumkan  bahawa kami Menteri-Menteri dan
juga Timbalan Menteri mencadangkan kepada Perdana Menteri bahawa kemudahan2 kami
dengan sukarela di potong, termasuk beberapa elaun yang hak Menteri untuk perolehi dan
tidak akan bercuti di luar negeri.

Tetapi apa yang berlaku? Beberapa Menteri dan keluarganya terus bercuti diluar negeri yang
setiap Menteri  akan ditanggung tiket kapal terbang dan makan minum tidak kurang dibayar
kerajaan hampir RM150ribu.. Jadi apa maknanya semua ini? pembohongan yang kita lakukan
kepada rakyat dalam keadaan sedar.

Dan dalam keadaan rakyat miskin dan klas menengah mengalir alir mata, berdukacita atas
kesengsaraan hidup tanpa wang tunai yang cukup di awal tahun dengan berbagai perbelanjaan
yang kos hidup meningkat mendadak, ada Menteri yang buat hari jadi di hotel lima bintang.

Di dalam media sosial.. tersiar photo Menteri di raikan hari jadinya. Meraikan hari jadi
memang tak salah tetapi amalan menyambut hari jadi biasanya  dikalangan budak-budak
dan remaja atau orang muda dibawah usia 40tahun. Bagi mereka yang 40tahun keatas,
kebiasaannya hari jadi hanya di raikan oleh kaum keluarga yang terdekat atau rakan-rakan
di tempat kerja.  Kerana sambutan hari jadi memang dia akui akan mengiratkan
keluarga dan juga persahabatan.

Hari ini menjelang tengah hari ini, ada seorang Menteri yang juga seorang Naib Presiden
UMNO tertinggi akan menyambut hari jadi  atau Birthday yang mungkin ke 60 tahun.
Memang tak salah juga meraikan hari jadi tetapi bila di buat di hotel mewah dalam keadaan 
sekarang, maka dia menjadi persoalannya ialah dimana wasitiyahnya atau kesederhanaan
beliau sebagai seorang Menteri?

Mungkin ada alasan diberikan, bukan saya yang buat dan adakan majlis itu. Kawan-kawan
saya yang buat dan adakan majlis hari jadi saya. Alasan itu itu hanya boleh diterima oleh mereka 
yang otaknya di kepala lutut. Bagi mereka yang otak dalam temporong kepala yang otaknya
ada kiri dan kanan, mungkin sukar untuk menerimanya.

Pertama sebagai anggota pertadbiran awam, sewajarnya kita mengelak menerima
sebarang jamuan yang diberikan oleh orang awam yang di panggil oleh Menteri itu 'sebagai
kawan'. Dalam Akta SPRM pun ada ada menyebutkan soal rasuah ini termasuk memberikan
jamuan. Kenalah kita berfikir kenapa 'tempua bersarang rendah'

Yang kedua.. adakah kawan kita melakukan setiap tahun sejak berpuluh tahun dulu macam
Almarhum Tunku Abdullah kawan Mantan PM Dr Mahathir Mohemad yang mengadakan
jamuan hari jadi kedua mereka sebelum PM Dr Mahathir Mohamad jadi Menteri dan Perdana
Menteri. Jika sekarang Tunku Abdullah lakukan, SPRM tidak boleh mengatakan Tunku
Abdullah memberi rasuah kepada PM Dr Mahathir Mohamad kerana jamuan meraikan
itu sudah bertahun dilakukam.

Ketiga ialah kenapa buat di hotel.. kenapa tak buat di rumah?. Rumah Menteri itu bukannya
saperti rumah pangsa PPR saperti yang terdapat di Parlimen Bandar Tun Razak. Pengalaman
penulis sejak ada hubungan peribadi dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan tersenarai
sebagai sahabat beliau seingat penulis sekian lama dan entah berapa kali majlis hari jadi
beliau, semuanya buat di rumah termasuk di kediaman rasmi yang didahulukan sembahyang
berjemaah.

Dan akhirnya keperluan apa untuk menyambut hari jadi dalam usia 60 tahun.. sebagai
berlatar belakangkan pengetahuan agama, bukan kah setiap usia kita meningkat sebenarnya
usia semangkin tiada dan berkurangan. Bukankah lebih sesuai dari membazir wang jamuan
dan beri makan kepada orang yang memang dah kenyang itu, kita adakan kunjungan kerumah
 anak-anak yatim dan membantu mereka yang miskin. Lagi berkah doa mereka kepada kita.

Oleh itu adakah kawan kawan kita yang berbelanja sampai berbelas dan berpuluh ribu RM
untuk hari jadi kita hanya suka suka membuang wang begitu sahaja dan tidak mahu mendapat
apa-apa balasan atau pernah mendapat balasan atau jasa kita.  wallahu'alam bissawab.

Sang Kelambai: Semangkin tua semangkin sedih mengenang untung nasib bangsaku.


No comments: