NUFFNANG

Wednesday 1 July 2009

Apabila Saifuddin Nasution kata Anwar masuk Sungai Buloh..

Apabila Saifuddin Nasution kata Anwar masuk Sungai Buloh..

Dinilai 5.0 oleh 2 orang [?]



Oleh Cyber1Trooper, AIDCclub

Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail ketika ditemui oleh G Manimaran, wartawan Mstar online semalam (30 Jun) secara jujur mengakui kemungkinan besar Anwar Ibrahim akan dimasukkan sekali lagi ke penjara Sungai Buloh, akibat kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

"Kami telah membincangkan pelbagai senario ketika kes Anwar akan didengar bulan depan (8 Julai). Salah satu senario ialah Anwar akan menghuni semula di Sg. Buloh" kata Saifuddin.

Ini pengakuan jujur dari Pengarah Pilihan Raya PKR, yang sebelum ini telah mengadakan mesyuarat khas pimpinan tertinggi dan biro politik PKR untuk membincangkan masa depan parti dan Anwar Ibrahim.

Daripada pengakuan jujur ini, jelaslah Saifuddin Nasution juga di antara aktivis PKR yang percaya Anwar meliwat Saiful dan bakal didapati bersalah serta dimasukkan semula ke penjara Sungai Buloh, tempat yang pernah dihuni oleh Anwar satu ketika dahulu kerana kesalahan menyalahgunakan kuasa dan meliwat.

Pengakuan ini senada dengan pengakuan Nurul Izzah, anak Anwar sendiri sebelum ini semasa diinterbiu oleh akhbar Sinar Harian.

Bagaimana hebat pun, kita sediakan pasukan pembelaan tetapi akhirnya kalau kita berdepan dengan satu sistem kehakiman yang berhadapan dengan kepincangan, maka risiko (kalah) tetap berada di situ,” kata Nurul Izzah.

Pendapat Saifuddin hampir sama dengan pendapat Nurul Izzah, dari segi ketidakpercayaan kepada kebolehan peguam bela yang menjadi jurucakap kepada Anwar.

Walaupun Saifuddin telah menyatakan tentang ketidakupayaan peguam bela Anwar, tetapi perbincangan yang menjurus kepada meletakkan Anwar semula ke penjara Sungai Buloh, sudah mencerminkan, kekalahan psikologi peguam-peguam Anwar, kerana Anwar bakal didapati bersalah meliwat Saiful.

Sepatutnya, jika Saifuddin atau Nurul Izzah, yakin tidak melakukan 'perbuatan itu' serta mempunyai alibi (orang yang boleh mengesahkan Anwar tidak berada di tempat kejadian pada tarikh dan masa yang dituduh), prasangka negatif untuk Anwar kembali ke Sungai Buloh tidak akan timbul.

Bermakna sudah ada 'lope hole' dalam kes Anwar. Pertama, Anwar kelihatan takut bersumpah laknat dan kedua, keyakinan yang kuat daripada aktivis-aktivis PKR sendiri, seperti Saifuddin Nasution, Aminah Abdullah dan Nurul Izzah bahawa Anwar bakal masuk semula ke penjara Sungai Buloh.

Sama ada Anwar sedar atau tidak, 'lope hole' pertama iaitu Anwar takut untuk 'bersumpah laknat' dengan menyebut kalimah Allah, 'Wallahi, Wabillahi, Wattallahi', telah banyak menghilangkan sokongan umum kepada Anwar.

Benar, walaupun Anwar tidak bersumpah dan Saiful bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, Anwar tetap menang sebagai ahli parlimen Permatang Pauh. Tetapi wajarkah kesan sumpah dinisbahkan kepada kemenangan pilihanraya.

Adakah kesan sumpah boleh dinilai dalam masa sebulan ? Mungkin kesannya berbulan-bulan selepas itu, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Tetapi yang pasti tiada siapa yang dapat mengetahui qada' dan qadar Allah Azawajalla.

Misalnya, walaupun Anwar merancang 16 September 2008 (selepas menang Permatang Pauh), dia akan menjadi PM pada tarikh itu, takdir Allah menentukan bahawa angan-angan itu hanya tinggal khayalan semata-mata. Kata Haji Hadi, Presiden PAS, 'angan-angan Mat Jenin'. Adakah ini boleh dikaitkan dengan kesan sumpah Saiful ?

Tiada siapa sangka juga selepas Anwar menang di Permatang Pauh, PAS berpecah dua, terbahagi kepada jalur Erdogan (dikaitkan dengan Anwar) dan jalur ulama (yang ingin menjauhkan PAS daripada pengaruh Anwar). Malah dalam muktamar PAS baru-baru ini, sesiapa sahaja calon PAS yang dianggap sebagai proksi Anwar terutamanya Husam Musa, ditolak secara tegas oleh perwakilan PAS. Maknanya nama calon yang dikaitkan dengan Anwar amat tidak popular di kalangan perwakilan PAS. Adakah ini juga dikaitkan dengan kesan sumpah Saiful ?

Sebab itu tidak adil mengaitkan ketidakberkesan sumpah Saiful dengan kemenangan Anwar di Permatang Pauh, seperti tidak adil mengaitkan apa yang berlaku dalam PAS sekarang faktor sumpah Saiful.

Tetapi, sebagai Islam, kita percaya Allah Maha Mengetahui, pada setiap perancangan dan pelaksanaanNya. Kita tidak tahu kesan sumpah itu mengetuk pintu hati setiap pengundi Melayu yang tidak berparti untuk tidak mempercayai lagi retorik Anwar. Kita juga tidak tahu, kesan sumpah Saiful itu menyebabkan Anwar ditakdirkan sekali lagi menjadi penghuni Sungai Buloh. Kita semua tidak tahu qada dan qadar Allah Subhanawattala.

Sepatutnya 'prasangka Anwar bakal masuk ke dalam' tidak wajar bermain di minda aktivis-aktivis PKR. Sepatutnya kalau benar, Anwar tidak meliwat, semua aktivis PKR akan mempertahankan Anwar habis-habisan. Orang yang tidak bersalah perlu dipertahankan, kecuali sudah diketahui 'orang itu' bersalah, maka benteng-benteng pertahanan akan menjadi lemah, dan akhirnya ragu-ragu untuk mempertahankan lagi kesalahan itu.

Misalnya, dalam rakaman video yang pernah diucapkan oleh Nurul Izzah, ketika wartawan bertanyakan ke mana Anwar pada 26 Jun 2008, Nurul Izzah mencelah kepada wartawan itu, mendakwa Anwar bersamanya dan keluarganya.

Kalau benar, dakwaan Nurul Izzah, bermakna Nurul Izzah adalah alibi yang kuat untuk mengesahkan, Anwar tidak meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, pada 26 Jun 2008.

Tetapi semasa hujah bertulis peguambela Anwar dalam usul untuk menggugurkan kes, tiada pun hujah alibi sepertimana yang disebut oleh Nurul Izzah. Kalau benar hujah Nurul Izzah kuat kenapa tidak dimasukkan hujah ini sebagai hujah yang paling kuat ? Kenapa digugurkan hujah ini ? Adakah dakwaan Nurul Izzah sekadar retorik politik yang tidak relevan di mahkamah ?

Jadi apabila Saifuddin sudah meramalkan Anwar bakal menghuni sekali lagi di Sungai Buloh, sudah menandakan satu hukuman Allah ke atas Anwar.

Walaupun, Nasruddin Tantawi, ketika diwawancara oleh Malaysiakini, berkenaan isu liwat Anwar, Ketua Dewan Pemuda PAS itu pun, seolah-olah meramalkan keadaan yang sama, walaupun dia turut berdoa agar kejadian itu tidak berlaku. Kita pun tidak tahu apa sebenarnya yang bermain di minda dan hati Ketua Dewan Pemuda PAS yang tidak diucapkan secara lisan dalam bentuk kata-kata.

Anwar masuk kembali ke Penjara Sungai Buloh ? Hanya Allah yang akan menentukan segala-galanya.

sumber - cyber1trooper

No comments: