NUFFNANG

Wednesday, 6 August 2008

Jangan Gimik - Anwar Tidak Akan Ditangkap!

Jangan Gimik
Anwar Tidak Akan Ditangkap!

BIRO Angkatan Muda Parti Keadilan (Rakyat?) telah mengirimkan kenyataan menerusi email saya yang menghebuhkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akan ditangkap hari ini. Buat masa ini lebih 100 orang berhimpun di rumah Anwar. Maklumat itu diperolehi dari Kelab Penyokong Anwar (AIC).

Saya ucap terima kasih atas kirimkan maklumat berkenaan. Namun saya ingin persoalan sejauh manakah kesahihah mengenai maklumat berkenaan. Kalau ia sekadar andaian dan gimik tidak usahlah diperpanjang dan hebuhkan. Apa lagi kalau tujuannya untuk menarik orang ramai aagr mengerumuni ke rumah Anwar di Bukit Segambut.

Sukar untuk saya nak yakin kalau Polis ingin menangkap Anwar dalam tempoh beberapa hari ini. Pertama, apakah kesalahan Anwar? Beliau tidak melakukan apa-apa jenayah yang memungkinkan beliau ditangkap. Beliau juga tidak melakukan apa-apa provokasi berhubung laporan liwat ke atasnya oleh si pembacuh kopi tempoh hari.

Kedua, beliau tidak menunjukkan ingin menggerakkan massa membuat huruhara. Bahkan Anwar memberi kerjasama baik kepada pihak keselamatan.

Ketiga, pilihan raya kecil Permatang Pauh akan diadakan tidak lama lagi. Menangkap Anwar bermakna rakyat makin marah dan sokongan kepada Anwar akan meningkat. Jika kerajaan berbuat demikian ini bermakna kerajaan tidak bijak dan sengaja menggali kubur untuk menimbus diri sendiri dalam pilihan raya kecil itu.

Keempat, tidak ada tanda-tanda untuk Anwar melarikan diri ke luar negeri. Kenyataannya yang bersedia menjadi calon menunjukkan beliau komited dengan politik Malaysia. Bukankah Anwar seorang yang bernani menghadapi apa saja kemungkinan.

Jadi alasan dan andaian mengatakan beliau akan ditangkap pada saya hanyalah gimik sahaja untuk menarik orang ramai berkhemah di rumah Anwar. Anwar pula membuat telahan demikian sebagai satu daripada tektiknya untuk mendapat simpati lebih sahaja. Untuk apa?

Diharap PKR khasnya Angkatan Mudanya tidak terlalu bermain politik, mudah mempercayai khabar angin dan sesekali biarlah kita rasional dan berpijaklah atas bumi nyata. Kita kita kena ingat Anwar bukan segala-gala bagi kita dan ia hanya sebahagian daripada ikon perjuangan kita untuk negara, bangsa dan agama. Kalau terlalu banyak kita bergimik lama kelamaan kita tidak akan dipercayai selama-lamanya.

Baca artikel asal di msomelayu

kzso - another psychology warfare by anwar

No comments: