Menanti lafaz sumpah Anwar
DI Guar Perahu, Penanti, Seberang Perai pada Jumaat lalu, satu keluarga di sebuah rumah begitu asyik menonton satu slot berita di televisyen.
Mereka yang terdiri daripada sepasang suami isteri berusia lingkungan 50-an bersama tiga anak belasan tahun dan awal 20-an berserta seorang cucu saling berbalas pendapat.
"Itu bapa (Mohd.) Saiful, kalau ikut logiklah, takkan seorang bapa sanggup duduk di sebelah anaknya di masjid melihat upacara bersumpah yang disebutkan. Takkan ada bapa sanggup anaknya mempermain-mainkan sumpah seperti itu..
"Lagipun abah, ini sumpah, jangan main- main... kami pun tak sanggup bersumpah macam ni... dalam rumah Allah pula tu, pegang al-Quran, nanti kena panah petir.
"Lagi pun abah, kalau dia seorang sahaja yang buat (upacara) sumpah ini, mungkin orang boleh persoalkan tapi ini ditemani pula oleh bapanya. Nanti kalau tidak betul laknat tujuh keturunan... takkan bapa dia sampai macam tu," kata si anak tetapi ia tidak disahut oleh abahnya yang begitu serius melihat dua slot program berita tersebut.
Pada 15 Ogos lalu, Mohd. Saiful, 23, yang juga bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengotakan janjinya bersumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta berkenaan, Mohd. Saiful yang berbaju Melayu coklat menghadap kiblat sebelum melafazkan: "A'uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahir rahmanir rahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi."
Memandang sayu di sisi sebelah kiri Mohd. Saiful ialah bapa pemuda itu, Azlan Mohd. Lazim.
Perbualan kira-kira 20 minit di rumah pasangan suami isteri di Guar Perahu itu, iaitu antara kubu kuat PKR di Permatang Pauh, mencetuskan polemik di antara bapa dan anaknya.
Si bapa bagaimanapun membangkitkan rasa ragunya. Dengan tegas, dia menyatakan barangkali sumpah itu 'permainan licik' seteru politik Anwar.
Si bapa mempersoalkan mengapa upacara itu dilakukan menjelang hari penamaan pilihan raya kecil Permatang Pauh keesokannya (16 Ogos).
Tetapi si anak juga ada alasannya yang tersendiri. "Kenapa Anwar tak sahut cabaran Saiful ini supaya bersumpah sama. Kalau tak salah, buatlah (bersumpah) perkara yang sama... terus 'tutup buku' semua dakwaan yang dituduh ke atas dia," ujarnya. Bapanya terdiam.
Di Kubang Semang, Permatang Pasir; Kuala Mengkuang dan Guar Perahu dalam beberapa hari ini, sebahagian besar pengikut PKR yang rata-rata dalam lingkungan umur 28 hingga 40 tahun sukar menerima kenyataan dakwaan kes liwat membabitkan Anwar.
Kata mereka, ia merupakan tuduhan untuk menganiaya ketuanya.
Namun ketika wartawan Utusan Malaysia meninjau gerai-gerai menjual cakera padat digital (VCD) ucapan-ucapan politik Anwar di Guar Perahu dan Kubang Semang semalam, kedengaran satu perbualan di kalangan penyokong warga emas PKR.
Antara lain mereka turut 'menimbang- nimbang' secara rasional dan dari hati kecil bahawa sumpah yang dilafazkan Mohd. Saiful mungkin ada kebenarannya. "Kalau betul tak salah, lakukanlah sumpah yang sama," kata mereka.
Anwar seperti biasa tidak menyahut cabaran Mohd. Saiful. "Sumpahlah sampai 50 kali pun saya tidak peduli," katanya dalam satu ceramah.
Dan sekali lagi dalam satu ceramah di Yayasan Aman semalam, Anwar berkata: "Dok heboh pasal sumpah. Cabar saya nak sumpah itu sumpah ini. Nak sumpah apa?
"Saya sudah kata pada mereka, saya boleh bersumpah dengan bimbingan para ulama, tapi rakan-rakan nasihatkan kata supaya saya tidak berbuat demikian. Ulama dari luar negara hantar surat berjela-jela menasihatkan saya... Anwar, jangan sesekali lakukannya (bersumpah)... jangan persendakan agama."
Seperti yang dimusykilkan oleh si anak tadi, mengapa Anwar enggan bersumpah kalau benar dia tidak melakukan perbuatan itu? Demikian juga reaksi beberapa pemimpin agama.
"Sumpah tersebut ada pemberatnya atau taghliz alyamin kerana ia dibuat pada waktu Asar di hari Jumaat di sebelah mimbar masjid dengan nama Allah yang merupakan pemberatnya," kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar.
Demikian juga dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa untuk melakukan mubahalah dalam Islam cukup dengan hanya melafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi.
Bagi pensyarah Jabatan Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, beliau percaya apa yang dilakukan oleh Mohd. Saiful adalah untuk mengurangkan beban yang dihadapinya.
Pada masa ini, kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh sedang rancak berjalan walaupun orang ramai dapat merasakan suasana yang agak agresif dan tegang apabila melalui pondok-pondok panas parti-parti yang bertanding.
Mengikut hasil kajian sekumpulan penyelidik selepas Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lalu, dianggarkan terdapat 9,429 pengundi 'atas pagar' di kerusi P.044 Permatang Pauh. Masing-masing seramai 3,308 orang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, DUN Permatang Pasir (3,468) dan DUN Penanti (2,653).
Pecahan undi yang diraih pada 8 Mac lalu ialah calon BN memperoleh 16,479 manakala PKR sebanyak 30,281. Jumlah undi majoriti penyandang kerusi ialah 13,801 undi.
Sumpah yang dilafazkan Mohd. Saiful akan terus 'berlegar' dalam ceramah-ceramah Anwar dan sudah pasti menjadi isu pilihan raya kecil Permatang Pauh. Soal sama ada beliau akan mengikut langkah sama bagi membersihkan namanya terus dinantikan oleh pengundi Permatang Pauh.
kzso - kita nanti mubahalah anwar....
3 comments:
eh fren, nak sumpah apaaa? tu report no. dua says no signs of sodomy, nak sumpah buat apahhhhhh? buat kasi you syok....macam isap syabu every morning and night before you sleep ker? assss offf lah!
menanti ape lg?
anwar xkn bersumpah..
tkt kene laknat..hmm..
harap Allah melaknat org yg bersalah secepat mungkin.supaya Malaysia xkn hancur dek orang2 seperti anwar ini..kerna dia..rakyat m'sia berpecah belah..ulamak pun berpecah belah..
Mubahalah ada dalam agama Islam, pegang Quran juga tidak mencacatkan rukun sumpah.
Kalau takut laknat turun ke atas semua sebab bersumpah, Saiful dah bersumpah dah pun. Sumpah laknatnya dah dikhususkan pada dirinya dan keturunan, itu pun tertakluk kepada satu kenyataan bahawa dia diliwat oleh DSAI. Kalau dia tak benar, masalah memang akan selesai tanpa Anwar bersumpah pun.
Sebab laknat tu akan turun pada Saiful.
Pada penyokong2 tegar DSAI, mereka percaya 100% DSAI tidak buat benda tu. Sebab mereka patuh pada DSAI yg taknak bersumpah mereka boleh menunggu laknat yang dijangkakan turun kepada Saiful.
Tapi kalau nak lagi cepat mungkin DSAI boleh bersumpah. Tak rugi pun kalau dah berada di pihak yang benar tu. Dapat sokongan lagi. Yang ragu2 dengan DSAI sebab sumpah Saiful tu pun akan yakin kembali kepada DSAI. Percayalah.
Post a Comment